Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 November 2014

EURO 2016 : Isco menyerlah buat Sepanyol, Del Bosque tidak teruja

AHAD, 16 NOVEMBER 2014 @ 11:01 AM

HUELVA: Bintang muda, Francisco "Isco" Alarcon meledak gol awal membantu Sepanyol merakam kemenangan 3-0 ke atas Belarus pada aksi Kelayakan Euro 2016, awal pagi tadi.

Ketiadaan dua tonggak tengah, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas akibat kecederaan membuka peluang buat pemain berusia 22 tahun itu untuk melakar namanya dengan meledak gol pembukaan cantik pada minit ke-18.

Skuad bimbingan Vicente del Bosque yang juga penyandang juara Eropah kemudian menambah gol menerusi Sergio Busquets, seminit kemudian sebelum Pedro Rodriguez melengkapkan jumlah jaringan pada minit ke-55.

Sekalipun beraksi baik, Del Bosque kemudian menggantikan Isco pada perlawanan di Stadium Nuevo Colombino itu malah mengakui tidak begitu teruja dengan aksi yang ditampilkan pemain Real Madrid itu dan menegaskan Iniesta dan Cesc masih pilihan utamanya.


"Isco bermain dengan baik, namun seperti keseluruhan pasukan, dia kemudian hilang untuk cuba menjadi pemain yang luar biasa," kata Del Bosque.

Dalam satu lagi aksi kelayakan Kumpulan C, Slovakia mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kumpulan dengan mengumpul 12 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas Macedonia.

Ukraine dalam pada itu turut mencatat kemenangan dan berkongsi sembilan mata bersama Sepanyol selepas menumbangkan Luxembourg 3-0 hasil jaringan hatrik Andriy Yarmolenko. - AP


KETUA jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque (kiri) melihat gerakan yang dibuat Isco ketika mengendali sesi latihan di Stadium Nuevo Colombino, Huelva, menjelang perlawanan menentang Belarus, kelmarin. Sepanyol menang 3-0. - Foto Reuters


No comments: