Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 November 2014

Perlawanan Euro 2016 Itali, Croatia jadi kecoh



ANGGOTA bomba memadamkan mercun yang dilempar oleh penyokong ke gelanggang ketika perlawanan di antara Itali dan Croatia, di sini awal pagi tadi. - Foto AFP

MILAN: Perlawanan kelayakan Euro 2016 di antara Itali dan Croatia, awal pagi tadi tercemar selepas gelagat penyokong membaling suar dan mercun ke dalam gelanggang.

Insiden itu memaksa pengadil menghentikan perlawanan Kumpulan H itu dan membawa pemain keluar dari padang sebelum ia disambung semula. Keputusan berakhir seri 1-1.

Perlawanan itu dihentikan dua kali dengan polis rusuhan terpaksa meleraikan pergaduhan pada babak kedua manakala pemain terpaksa dibawa keluar selama 10 minit.

Kesilapan daripada penjaga gol veteran Itali Gianluigi Buffon membenarkan Croatia pulang dengan seri selepas Antonio Candreva memberi gol pendahuluan untuk tuan rumah pada minit ke-11.

Ivan Perisic tampil menyamakan kedudukan empat minit kemudian selepas Buffon lambat bertindak menyelamatkan rembatannya.

Penyokong Croatia menyambut gol itu dengan membaling suar ke dalam padang yang memaksa perlawanan terpaksa dihentikan.

Kedua-dua pasukan kini memiliki 10 mata selepas empat perlawanan. - AFP

PENYOKONG Croatia membaling suar ke dalam padang yang memaksa perlawanan terpaksa dihentikan. - Foto AFP


No comments: