Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 18 November 2014

Pesona baharu Lumia

Dua produk jadi taruhan

OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD ASHRIQ.AHMAD@UTUSAN.COM.MY | 10 November 2014 


Bruce Howe (dua dari kanan) bersama Ketua Pemasaran Pan Asia Microsoft, Alih Gasy Chan (kanan) pada pelancaran Lumia 830 dan Lumia 735 di ibu negara baru-baru ini.

Microsoft Devices Group baru-baru ini memperkenalkan ahli keluarga baharu Lumia iaitu 830 dan 735. Kedua-duanya diperhebatkan dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 yang membawa teknologi pengimejan terkini dengan harga berpatutan.

Dengan reka bentuk yang lebih nipis, Lumia 830 merupakan tanda aras inovasi penstabilan imej optik dan pengimejan PureView yang mengagumkan.

Bagi Lumia 735 pula, peranti tersebut menggabungkan gaya mempesona dengan prestasi berkuasa bagi mewujudkan pengalaman tiada tandingan dengan sambungan evolusi pangka panjang 4G (LTE).

Menurut Pengurus Besar Microsoft Devices Sales bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Bruce Howe, pengenalan dua ahli baru Lumia tersebut merupakan strategi untuk memberi perkhidmatan Microsoft yang terbaik buat pengguna.

“Dengan perkhidmatan Microsoft yang disediakan seperti Skype, Microsoft Office dan One Drive, inovasi turut digabungkan dalam reka bentuk dan pengimejan terbaik daripada Microsoft menerusi pengalaman penggunaan yang mengagumkan.

“Di samping itu, pengguna boleh menikmati setiap kelebihan yang disediakan pada harga peranti yang berpatutan,” katanya.

Lumia 830 menawarkan resolusi imej terbaik pada kualiti tinggi dengan teknologi kamera 10 mega piksel (MP) Pure View yang dilengkapi dengan optik Zeiss, Rich Recording dan sistem penstabilan imej optik paling nipis.

Mampu merakam video berkualiti 4K, Lumia 830 yang diperhebatkan dengan pemproses quad-core Snadragon 400 1.2 giga herz (GHz) turut mempunyai ketahan bateri dengan kapasitinya sebesar 2,200 mAh.

Selain itu, peranti tersebut turut dilengkapi dengan versi terbaharu Windows Phone 8.1 iaitu aplikasi Microsoft Office Mobile dengan Lumia Denim serta OneDrive 15 GB yang memudahkan maklumat dikongsi dengan mudah.

Lumia 830 turut diperhebatkan dengan inovasi Lumia seperti pengecas tanpa wayar yang dibina dalam rekaan polikarbonat dan aluminum.

Bagi Lumia 735, telefon bimbit pintar ini dilihat amat sesuai buat pengguna yang gemar mengambil gambar selfie kerana kamera depan yang luas serta reka bentuknya lebih nipis.

Beresolusi 5 MP bagi kamera depan, peranti yang mempunyai sudut pandang luas memudahkan aktiviti panggilan video Skype sekaligus memberikan pengalaman berharga kepada pengguna yang mahu kongsikan saat indah indah bersama orang tersayang tanpa mengira lokasi dan bila-bila masa.

Telah mula berada di pasaran bermula 3 Oktober lalu, Lumia 830 mempunyai pilihan warna seperti jingga terang, hijau, hitam dan putih manakala Lumia 735 pula mempunyai pilihan warna jingga, hijau, kelabu dan putih.

Dijual pada harga pasaran RM1,399 bagi Lumia 830 dan RM999 bagi Lumia 735masing-masing, kedua-dua model ini boleh didapati pada pengedar sah Nokia dan microsoft seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumta lanjut mengenai kedua-duanya boleh layari laman web www.microsoft.com/en-my/.

Spesifikasi Lumia 830

Sistem operasi: 
Windows Phone 8.1 dengan Lumia Denim.

Pemproses: 
1.2 GHz quad-core Snapdragon 400.

Memori: 
RAM 1 GB, 16 GB memori dalaman, 15 GB OneDrive. (SD sehingga 128 GB)

Paparan: 
5 inci (1280 x 720), Corning Gorilla Glass 3.

Kamera: 
10 MP PureView dengan optik ZEISS.

Saiz: 
139.4 x 70.7 x 8.5 milimeter.

Berat: 
150 gram.

Bateri:
 2,200 mAh.

Harga: 
RM1,399

Spesifikasi Lumia 735

Pemproses: 
Qualcomm Snapdragon 400, 1.2 GHz quad-core.

Memori: 
RAM 1GB, 8 GB memori dalaman, 15 GB OneDrive.

Paparan: 
4.7 inci HD OLED (1280 x 720, 169).

Kamera: 
6.7 MP ZEISS, 5 MP (belakang).

Saiz: 
134.7 x 68.5 x 8.9 milimeter.

Berat: 
134.3 gram.

Bateri: 
2,220 mAh.

Harga: 
RM999.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/pesona-baharu-lumia-1.23082#sthash.oP96WlgA.dpuf


No comments: