Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 November 2014

PARLIMEN : Kertas Putih tangani IS

Undang-undang baharu banteras aktiviti militan perlu digubal

KAMIL MASLIH DAN
 FITRI AFFENDI MUSTAFA | 27 November 2014 2:53 AM


Naji b Tun Razak ketika membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)' di Dewan Rakyat, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan satu undang-undang baharu yang bersesuaian digubal untuk membanteras dan mengambil tindakan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti militan dan kumpulan pengganas.

Beliau yang membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)’ di Dewan Rakyat hari ini turut mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (POCA)(Pindaan dan Pemerluasan) 2013 dan Kanun Ke­seksaan lebih diperkasakan.

Beliau memberitahu, rang undang-undang baharu bagi membanteras aktiviti militan dan kumpulan pengganas itu akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat akan da­ttang

“Melihat potensi ancaman daripada kumpulan ini, kita bimbang dan tidak dapat dinafikan kepula­ngan rakyat Malaysia dari kawasan konflik di Syria dan Iraq boleh me­ningkatkan lagi risiko keselamatan kepada negara.

“Lebih menakutkan, dengan pengalaman yang mereka ada, taktik peperangan yang mereka miliki, militan-militan ini berupaya me­lakukan kegiatan keganasan secara bersendirian,” katanya.

Kertas putih berkenaan diluluskan dalam sidang tersebut dan seluruh lapisan rakyat Malaysia diseru menggiatkan usaha dan komitmen untuk menyokong kerajaan menangani ancaman militan IS.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan khuatir kewujudan IS akan membentuk jaringan dengan kumpulan-kumpulan militan sedia ada termasuk kumpulan Abu Sayyaf di kepulauan Mindanao, selatan Fi­lipina yang telah melakukan sum­pah taat setia kepada IS.

Katanya, kedudukan operasi kumpulan Abu Sayyaf yang hampir dengan pantai timur Sabah boleh meningkatkan risiko keselamatan di kawasan itu dan juga merebak sehingga ke Sarawak.

Menurut beliau, selain seorang rakyat Malaysia maut kerana menjadi pengebom berani mati di Iraq, empat orang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada tahun ini.

“Saya bimbang bilangan ini mungkin meningkat kerana seramai 39 orang rakyat Malaysia telah dikenal pasti sedang berada di Syria dan 40 lagi mungkin menerima nasib yang sama sekiranya pihak berkuasa tidak menahan mereka,” katanya.

Jelas Najib, kertas putih tersebut bertujuan mendedahkan wajar sebenar IS yang bertopengkan Islam dan kumpulan militan yang ber­akar-umbi dari al-Qaeda itu telah diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh masyarakat antarabangsa dan jumhur ulama-ulama antarabangsa.

“Penyelewengan ajaran Islam oleh IS juga semakin ketara apabila sewenang-wenangnya mengkafirkan orang Islam yang tidak sehaluan dengan pendirian pergerakan itu dan menghalalkan pembunuhan mereka,” katanya.

Tambahnya, cabaran menghadapi masalah itu amat besar kerana IS menggunakan media sosial untuk mengembangkan ideologinya bagi menarik sokongan masyarakat khususnya generasi muda dan menggunakan pelbagai bahasa dalam strategi propaganda serta pujukan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kertas-putih-tangani-is-1.29769#sthash.JT8lSSl7.dpuf



No comments: