Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 November 2014

PAU 2014 : ‘Jangan bandingkan saya dengan Azalina’

Kepemimpinan Mas Ermieyati terajui pergerakan Puteri

27 November 2014 2:11 AM


Mas Ermieyati Samsudin bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/RIDUAN RIZAL AHMAD

KUALA LUMPUR 26 Nov. - k etua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta agar corak kepimpinannya menerajui pergerakan itu tidak dibandingkan dengan barisan kepemimpinan terdahulu terutama Ketua Puteri pertama, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Membangkitkan perkara itu dalam ucapan dasarnya, dengan nada sebak, beliau memberitahu bahawa era kepemimpinan beliau dengan Azalina amat berbeza kerana cabaran yang dihadapi Puteri hari ini jauh lebih berat dan berbeza berbanding pada awal penubuhan pergerakan itu.

Jelas beliau, perbandingan tersebut amat tidak wajar memandang­kan beliau baru sahaja setahun memimpin Puteri, bagaimanapun bertekad untuk tidak berdiam diri selepas ini memandangkan ramai ‘tidak nampak’ apa yang beliau lakukan.

“Saya ingin jelaskan era saya dan Azalina berbeza. Azalina berdepan cabaran berbeza kerana beliau memimpin pada waktu puteri baharu ditubuhkan. Puteri ketika itu mendapat perhatian kerana ramai yang mahu melihat peranan puteri pada awal penubuhannya.

“Puteri kini berdepan dengan 80 peratus muka baharu yang masih mentah, belum benar-benar memahami wadah perjuangan parti. Pu­teri berhadapan dengan kemodenan dan kemajuan teknologi yang pesat berkembang. Jadi, berilah saya masa untuk membuktikan kemampuan mengemudi puteri,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Bagi membuktikan komitmen­nya sepanjang memimpin pergerakan itu, Mas Ermieyati mendedahkan ‘rekod kerja’ beliau dengan menyenaraikan program-program yang telah dilakukan sepanjang menerajui pergerakan sayap parti itu.

Antara program itu ialah penganjuran Program Kembara Ilmu di bawah kendalian Biro Kebajikan, mewujudkan Bazar Bayahista untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang perniagaan serta pelbagai program latihan, kursus dan aktiviti sukarelawan.

“Jangan sekadar mengkritik tanpa mengambil kira cabaran dan tekanan yang Puteri hadapi kini. Jangan begitu cepat menilai Puteri yang baru sahaja saya pimpin ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-jangan-bandingkan-saya-dengan-azalina-8217-1.29698#sthash.PrcTQLMx.dpuf


No comments: