Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 26 November 2014

Filipina benam Laos 4-1 aksi pembukaan Piala Suzuki AFF 2014

SABTU, 22 NOVEMBER 2014 @ 9:54 PM

HANOI: Pemain sayap, Patrick Reichlet meledak dua gol membantu Filipina bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Laos 4-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala AFF Suzuki, di sini, hari ini.

Khampheng Sayavutthi membuka tirai jaringan buat Laos yang dianggap kerdil hasil sepakan percuma pada minit ke-21 dalam usaha untuk mencipta kejutan di Stadium Nasional My Dinh itu.

Begitupun, Filipina melancarkan kebangkitan dan berhasil menyamakan kedudukan lima minit sebelum babak pertama tamat menerusi Simone Rota yang menanduk masuk bola sepakan sudut.

Bekas pemain remaja Chelsea, Phil Younghusband kemudian menggunakan sepenuhnya peluang kelalaian Laos dengan menyumbat gol kedua Filipina untuk kedudukan 2-1 menuju rehat babak pertama.

Babak kedua, Laos berpeluang untuk menambah jaringan menerusi serangan pantas berbahaya sebelum pemain kelahiran Jerman, Reichelt meledak gol ketiga Filipina pada minit ke-77 sebelum memanfaat hantaran Husband untuk gol keempat.

"Dalam 25 minit babak pertama, kami amat bergelut namun keseluruhan perlawanan kami mencipta lebih peluang dan kemenangan buat kami adalah baik," kata jurulatih Filipina, Tom Dooley.

Piala AFF Suzuki 2014 dianjurkan di Vietnam dan Singapura. - Reuters



PEMAIN Filipina, Simone Mondiali Rota (23) merebut bola bersama pemain Laos, Sengdao Inthilath (19) pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Hanoi. Filipina menang 4-1. - Foto AFP


No comments: