Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 November 2014

POLITIK : Perhimpunan UMNO fokus usul rakyat

Antara isu dibincang Akta Hasutan, ISA

MAISARAH SHEIKH RAHIM DAN MOHAMMAD AL FAIZAL 
ABDUL KARIM | 13 November 2014 2:01 AM


HishamMuddin Tun Hussein berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Tertinggi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Sunway Resort Hotel & Spa Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam. – UTUSAN/Kamal Basir Wahab

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Perhimpunan Agung UMNO 2014 buat pertama kali­nya akan menjadikan isu berkaitan ke­pentingan rakyat sebagai fokus utama perbahasan usul dan bukannya membincangkan masalah dalaman parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, antara yang akan dibahaskan ialah isu-isu berkaitan Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sekolah satu aliran selain membincangkan perjuangan UMNO dalam memartabatkan Islam ketika dunia sedang mencemuh agama itu akibat ancaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurut beliau, usul-usul yang dibangkitkan itu akan dipastikan tidak hanya ‘terucap di bibir sahaja’ tetapi akan segera dilaporkan kepada kementerian terlibat.

“Secara rasionalnya, perhimpunan kali ini jangan dibelenggu dengan pindaan perlembagaan parti yang berhubung kait dengan pemilihan UMNO kerana soal pemilihan akan diadakan selepas pilihan raya umum.

“Kita akan mengumpulkan semua usul dari setiap bahagian untuk memastikan bahawa segala teguran, cadangan dan pandangan dari akar umbi dapat dipanjangkan secara langsung kepada kementerian terlibat supaya usul tidak tinggal usul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Meja Bulat Usul Majlis Kepemimpinan Tertinggi Perhimpunan Agung UMNO, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli-Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Jamaluddin Mohd. Jarjis.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyediaan Usul Perhimpunan Agung UMNO berkata, setiap pembahas usul juga perlu memastikan perbahasan dibuat tanpa emosi dan dibincangkan secara serius mengikut roh dan semangat perjuangan parti.

Katanya, setiap ahli juga tidak perlu bersikap apologetik dalam membahaskan usul tetapi perlu berbangga bahawa UMNO masih mempunyai kekuatan.

“Kenapa kita perlu apologetik? Kita bukan takbur atau rasa diri hebat tetapi UMNO bukanlah teruk sangat. Jadi, sempena kita berhimpun kali ini saya mahu usul kita mempunyai isi kandungan yang betul-betul dapat dijiwai oleh mereka yang berada di bawah,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-umno-fokus-usul-rakyat-1.24062#sthash.OQTyMTPZ.dpuf


No comments: