Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 November 2014

HTC Desire EyeHTC Desire Eye

Telefon pintar selfie dengan 13 megapixel

15 November 2014 8:48 PM



Melihat pada spesifikasi HTC Desire Eye, seolah-olah ia berada sebaris dengan telefon pintar berkuasa tinggi lain seperti HTC One (M8). Ia bukan sahaja menawarkan kamera yang bagus di depan dan belakang, malah HTC turut tidak mengabaikan persembahan dan keupayaan grafik pada telefon pintar ini dengan menggunakan processor Snapdragon 801 Quad Core 2.3 Ghz dan GPU Adreno 330. Selain itu, Desire Eye juga hadir dengan 2 GB RAM.

Smartphone dengan paparan sebesar 5.2 inci ini turut hadir dengan fungsi kalis air dan debu yang telah mendapat pengiktirafan IPX7 yang mana ia mampu berada di bawah permukaan air sedalam satu meter selama 30 minit. Maknanya, dengan HTC Desire Eye, pengguna bukan sahaja boleh melakukan selfie di darat, malah boleh juga melakukan selfie di dalam air.

Sebagai pengguna telefon pintar, sudah tentu kita inginkan sesuatu yang lebih baik daripada lambakan telefon pintar yang berada di pasaran sekarang. Antara kelebihan HTC Desire Eye adalah:

- Memiliki kamera 13 megapixel di bahagian hadapan yang sesuai untuk selfie

- Memiliki Dual Tone Flash di hadapan

- Memiliki fungsi kalis air dan debu IPX7

- Sambungan rangkaian 4G LTE untuk internet yang lebih pantas.

- Paparan 5.2 inci dengan resolusi definisi tinggi (HD) penuh.

- Menggunakan pemprosesan dengan prestasi yang sangat baik.

- Slot bateri yang tidak boleh ditukar

Nampaknya perang antara pengeluar telefon bimbit untuk mengeluarkan telefon pintar selfie semakin rancak. Bermula dengan Sony yang mengeluarkan Sony Xperia C3 dengan flash di bahagian hadapan, seterusnya HTC turut mengambil langkah yang sama, namun ia hadir dengan sensor kamera yang lebih besar berbanding Xperia C3.

HTC baru sahaja mengumumkan HTC Desire Eye yang lebih memfokuskan kepada selfie atau penggunaan kamera hadapan. Seperti namanya, HTC Desire Eye memiliki kamera 13 megapixel yang kelihatan seperti satu mata di hadapannya. Selain itu, Desire Eye juga memiliki Dual Tone Flash di bahagian hadapan untuk sumber cahaya yang lebih semula jadi. 
– www.mesramobile.com

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/htc-desire-eyehtc-desire-eye-1.24963#sthash.yYASMEmc.dpuf


No comments: