Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 November 2014

EURO 2016 : Ivanovic selar rakan tiada komitmen, terlalu yakin

17 November 2014 1:20 AM


Branislav IVANOVIC (kiri) bersaing dengan pemain Denmark, Christian Eriksen dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 di Stadium Partizan, Belgrade, kelmarin. – AGENSI

BELGRADE – Kekalahan 1-3 kepada Denmark pada perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2016 di laman sendiri kelmarin telah menimbulkan suasana tidak harmoni dalam skuad Serbia.

Sejurus tamat perlawanan Kumpulan I itu, Dick Advocaat meletak jawatan sebagai jurulatih dan nama Dejan Stankovic disebut-sebut sebagai calon pengendali baharu pa­sukan kebangsaan.

Semalam, kapten Serbia, Branis­lav Ivanovic pula menyalahkan rakan-rakan sepasukan atas kekalahan tersebut dengan menyifatkan mereka kurang komitmen, selain memandang rendah pasukan lawan.

“Kami terlalu menganggap diri kami sebagai bintang besar dan sentiasa berfikir bahawa kami lebih baik berbanding pasukan lain.

“Bagi saya, ini adalah sikap yang tidak bagus.

“Kebanyakan pemain tidak faham apa maksud sebenar apabila mereka menyarung jersi kebangsaan Serbia.

“Perkara ini berlaku hampir setiap tahun dan saya sudah tidak tahan lagi,” kata tonggak pertahanan Chelsea itu.

Dalam perlawanan itu, Serbia menguasai saingan di awal permainan, malah terlebih dulu membuka jaringan menerusi pemain tengah, Zoran Tosic pada minit keempat.

Sungguhpun mempamer aksi meyakinkan sepanjang 10 minit pertama, namun semua itu tidak kekal lama apabila Denmark me­nguasai babak kedua.

Tiga gol Denmark diperoleh menerusi Nicklas Bendtner (minit ke-61, 85) dan Simon Kjaer, minit ke-63.

Kekalahan terbaru Serbia meletakkan mereka di tangga kedua tercorot dengan satu mata. – REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ivanovic-selar-rakan-tiada-komitmen-terlalu-yakin-1.25496#sthash.Q66dJ8i1.dpuf



No comments: