Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 10 November 2014

AFF : Penyokong Malaysia ‘dihukum’

OLEH MUHAMMAD DAYNE AZMIN (DAYNE.GHAZALI@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014 1:22 AM


Hamidin Mohd. Amin

KUALA LUMPUR – Penyokong Harimau Malaya ‘dihukum’ awal oleh Singapura selaku tuan rumah Kejohanan AFF apabila mereka perlu membayar S$26 dolar berbanding penyokong pasukan lain yang ha­nya perlu membeli tiket pada harga S$18 (RM46.40).

Tindakan tidak masuk akal Singa­­pura itu dilihat boleh membawa dua maksud, sama ada mahu membuat keuntungan dengan memangsakan penyokong Malaysia atau mahu merencatkan mood peminat skuad negara daripada menghadiri perlawanan di Stadium Jalan Besar kelak.

Layanan tidak adil Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) itu membuatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membantah, namun kedua-dua rayuan mereka agar ‘harga tiket khas’ untuk penyokong Malaysia itu dikaji semula ditolak mentah-mentah.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin bukan sahaja berang dengan layanan itu, tetapi yang lebih membimbangkan pihaknya ialah kurang penyokong Malaysia akan ke stadium untuk memberikan sokongan kepada Harimau Malaya yang akan menentang Myanmar (23 November) dan Thailand (26 November) di Jalan Besar.

“FAS memberitahu, mereka mengkhaskan tempat duduk berbumbung (grandstand) yang boleh memuatkan kira-kira 3,000 penonton kepada Malaysia sementara tempat duduk terbuka yang berbaki 1,200 kepada penyokong lawan.

“Alasan mereka ialah pihak polis mahu memisahkan tempat duduk penyokong kerana menjangkakan kehadiran penyokong Malaysia yang lebih ramai berbanding penyokong Myanmar atau Thailand.

“Ini menjadikan penyokong Ma­lay­sia terpaksa membayar harga tiket yang lebih mahal iaitu 26 dolar.

“Kami telah membuat dua rayuan kepada FAS. Hal ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Saya sendiri telah menghadiri mesyuarat bersama mereka tetapi bantahan kami tetap tidak dilayan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut mendapat aduan bahawa penyokong negara gagal untuk membeli tiket yang dijual secara dalam talian menerusi www.sportshub.tix.

Percubaan Utusan Malaysia untuk membeli tiket menerusi alamat laman itu juga gagal kerana akan keluar arahan yang mengingatkan para peminat Malaysia agar menghubungi FAM jika mahu mendapatkan tiket atas faktor tempat yang terhad.

“Saya telah menanyakan hal ini kepada FAS tetapi sehingga kini saya belum mendapat sebarang jawapan.

“Tidak pasti pula dari mana datangnya arahan yang menyuruh peminat membeli tiket perlawanan daripada FAM kerana kami tidak dimaklumkan oleh pihak FAS sehingga hari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin mengesahkan aksi persahabatan antara Malaysia dan Syria yang dijadualkan pada 12 November ini akan diadakan di Stadium Shah Alam.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan itu bagaimanapun kekal pada harga RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

“Mengikut perancangan asal, kami mahu perlawanan ini diadakan di Stadium Nasional tetapi setelah berbincang dengan Datuk Rozabil Abdul Rahman (Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia), kami terpaksa pindahkan perlawanan ke Shah Alam,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/penyokong-malaysia-8216-dihukum-8217-1.22010#sthash.ztF6HPo8.dpuf


No comments: