Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 November 2014

EURO 2016 : Ranieri hampir dipecat, Tsanas dilantik jurulatih sementara Greece

ATHENS: Greece menamakan jurulatih skuad remaja kebangsaannya, Kostas Tsanas sebagai pengendali sementara pasukan senior, hari ini sekalipun belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemecatan Claudio Ranieri.

Persekutuan Bola Sepak Greece (EPO) sudah pun menggantung tugas Ranieri ketika ini dengan kedua-dua pihak masing berbincang mengenai penyelesaian kontrak bernilai sekitar 2 juta dolar (RM6.6 juta).

Ranieri, 63, begitupun dijangka kekal di Greece bagi menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Serbia di Crete, Rabu ini.

"Persekutuan Bola Sepak Greece mengumumkan peranan jurulatih sementara untuk perlawanan persahabatan menentang Serbia bersama Kostas Tsanas dan Nektarios Pantazis," kata EPO dalam satu kenyataan media.

Bos EPO, Giorgos Sarris membuat kenyataan jelas badan induk itu tidak lagi berniat untuk menggunakan khidmat bekas pengurus Chelsea itu selepas kekalahan 1-0 memalukan kepada Faroe Islands.

Kekalahan itu menyaksikan Greece yang juga bekas juara Eropah terperosok ke tangga tercorot Kumpulan F kelayakan Euro 2016.

Ranieri dilantik selaku jurulatih Greece selepas Piala Dunia 2014 di Brazil berakhir dan mengambil alih tugas daripada jurulatih kelahiran Portugal, Fernando Santos dengan kontrak selama dua tahun.

Sebelum melatih Greece, pengendali kelahiran Itali itu pernah membimbing Chelsea, Juventus dan Monaco.

Media di Greece menyifatkan kekalahan 1-0 kepada Faroe Islands sebagai "hari gelap" buat bola sepak negara itu. - Reuters

RIAK wajah jurulatih Greece, Claudio Ranieri ketika mengemudi pasukannya dalam perlawanan kelayakan Euro 2016 menentang Ireland. - Foto AFP


No comments: