Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 November 2014

1MDB : Perolehan meningkat RM4.3 bilion - SENANGKAN BILA DAH JAWAB?

1MDB keluar kenyataan penuh 1MDB keluarkan kenyataan penuh

18 November 2014 2:31 AM


Saya dengan berbesar hati membentangkan Laporan Keputusan Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, satu lagi tahun yang produktif kepada kumpulan dengan memperoleh beberapa aset tenaga berkualiti tinggi dan hartanah bagi mengembangkan portfolio syarikat.

Kumpulan telah merekodkan kerugian sebanyak RM665.3 juta bagi tahun kewangan tersebut disebabkan oleh kos kewangan yang tinggi iaitu RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion bagi tahun kewangan sebelumnya, sebagai salah satu strategi untuk mengembangkan aset asas.

Selain itu, kumpulan juga menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014 yang mana tidak terlibat pada tahun sebelumnya dan ini menyumbang secara positif kepada operasi hartanah sekali gus meningkatkan kos kewangan dan perbelanjaan operasi.

Nilai aset kumpulan meningkat RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion bagi tahun kewangan sebelumnya dengan jumlah pinjaman meningkat daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

Keseluruhan perolehan meningkat 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion, mencerminkan pembangunan aset portfolio yang berkualiti dan pengukuhan penjanaan perolehan.

1MDB merupakan syarikat pembangunan strategik yang ditubuhkan kerajaan sebagai syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan. Ia ditubuhkan untuk memacu inisiatif strategik bagi pembangunan ekonomi yang mapan dalam tempoh jangka panjang dengan memberi fokus kepada tenaga dan projek hartanah pemangkin utama serta membantu aliran pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

Syarikat ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM1 juta dan dengan itu perlu meminjam dan menerbitkan bon bagi melaksanakan pelbagai aktiviti pelaburan.

1MDB bekerjasama dengan banyak pihak dan konsultan dari dalam serta luar negara untuk membina kepercayaan, keyakinan dan sokongan pihak-pihak berkenaan bagi projek-projeknya.

Usaha sama pertama 1MDB melibatkan syarikat berpangkalan di Arab Saudi bagi memudahkan kerjasama jangka panjang antara Arab Saudi dan Malaysia.

Satu dana usaha sama ditubuhkan untuk melaksanakan projek-projek pelaburan global yang berpotensi menjana faedah kewangan dan strategik kepada kedua-dua negara.

Bagaimanapun, 50 peratus pelaburan 1MDB dalam syarikat itu telah ditukar ke instrumen pendapatan tetap dalam bentuk nota Murahaba dengan pulangan 8.75 peratus setahun.

Nota-nota tersebut kemudiannya ditebus untuk AS$2.318 bilion (RM7.716 bilion) dengan sejumlah AS$488 juta (RM1.634 bilion) keuntungan disimpan anak syarikat milik penuh yang berdaftar di Kepulauan Cayman atas sebab-sebab cukai dan penyelesaian hutang dolar Amerika Syarikat (AS).

Dana tersebut kemudiannya dikendalikan oleh pengurus dana antarabangsa berlesen dengan mata wang berasaskan dolar AS untuk memastikan bahawa 1MDB mempunyai kecairan yang baik dengan portfolio global yang pelbagai.

Setakat ini, hampir 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion dana telah dicairkan untuk menyelesaikan pelbagai komitmen kewangan 1MDB.

Secara keseluruhan, sejak kami melabur dalam dana yang dikawal selia tersebut, syarikat memperoleh lebih AS$267 juta (RM894 juta) dividen daripada dana berkenaan dan baki 40 peratus akan dicairkan sebelum akhir tahun ini.

Usaha sama 1MDB kedua adalah dalam dua projek pembangunan mega iaitu:

i) Tun Razak Exchange - kawasan seluas 70 ekar (28.3 hektar) di tengah bandar raya Kuala Lumpur dibangunkan menjadi hab kewangan di Kuala Lumpur yang memberi fokus kepada aktiviti kewangan Islam. Pemaju hartanah terkemuka antarabangsa yang memajak tanah telah bersetuju untuk menyertai pembangunan bagi kawasan Tun Razak Exchange terutamanya bagi pembangunan kuarters gaya hidup.

ii) Projek Bandar Malaysia - kawasan seluas 500 ekar (202.3 hektar) di tengah bandar raya Kuala Lumpur dibangunkan menjadi hab komersial, budaya, pendidikan, sosial dan pengangkutan yang mesra alam. Kerajaan Abu Dhabi telah bersetuju untuk memberi dana bagi pembinaan satu daripada masjid terbesar di Asia Tenggara di Bandar Malaysia.

Usaha sama ketiga 1MDB adalah dalam sektor tenaga dengan pengambilalihan Loji Janakuasa Tanjung, Loji Janakuasa Genting Sanyen dan Loji Janakuasa Jimah dan penganugerahan projek janakuasa 3B oleh Suruhanjaya Tenaga.

1MDB telah merasionalisasikan semua kepentingannya dalam tenaga dengan jumlah keseluruhan kapasiti ketika ini pada 7,500 megawatt di bawah satu syarikat iaitu 1MDB Energy Bhd.

Aset dan liabiliti kami sehingga 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.

Kami sedar sebagai entiti penuh milik kerajaan, kami perlu telus bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik dipatuhi di semua peringkat. Di peringkat lembaga, kami sentiasa bekerja keras untuk memastikan pengurusan telah melaksanakan kawalan dalaman yang sesuai dan operasi pengurusan risiko.

Kami yakin dengan pengurusan dan operasi yang telus dan sistematik ditambah dengan membuka nilai kepada pelbagai aset kami termasuk menyenaraikan 1MDB Energy, membolehkan kami meningkatkan dana bagi memenuhi komitmen kewangan dan menjana pulangan kepada pemegang saham kami.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perolehan-meningkat-rm4-3-bilion-1.26125#sthash.RtRTZudk.dpuf


No comments: