RABU, 26 NOVEMBER 2014 @ 10:45 PM
SINGAPURA: Singapura kembali bernyawa selepas menewaskan Myanmar 4-2 dalam saingan Kumpulan B, Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional, di sini, malam ini.
Tiga mata berharga ini menyalakan semula impian tuan rumah untuk layak ke separuh akhir edisi kali ini.
Skuad The Lions itu mendahului 3-0 pada babak pertama dengan Shaiful Esah membuka tirai jaringan pada minit ke-15 sebelum Hariss Harun merembat deras dua gol pada minit ke-35 dan 42.
Myanmar bangkit selepas rehat dengan gol menerusi Kyaw Zayar Win pada minit ke-55 dan Kyaw Ko Ko pada minit ke-60 hasil sepakan penalti.
Namun, kapten Myanmar, Khin Maung Lwin menanduk masuk gol sendiri ketika permainan berbaki 15 minit untuk ditamatkan untuk gol keempat tuan rumah.
Singapura yang kini menghuni tangga kedua kumpulan berbekal tiga mata akan bertemu Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan, Ahad ini.
Tuan rumah itu hanya perlu seri untuk layak andai Myanmar tidak menewaskan Thailand manakala Malaysia berdepan misi wajib menang untuk mengesahkan tiket ke kelompok empat terakhir.
Keputusan
Singapura..........4 Myanmar............2
Malaysia.............2 Thailand..............3
Kedudukan
Kumpulan B
...........................P M S K J B Mt
Thailand........... 2 2 0 0 5 3 6
Singapura.......... 2 1 0 1 5 4 3
Malaysia........... 2 0 1 1 2 3 1
Myanmar.......... 2 0 1 1 2 4 1
SINGAPURA kembali bernyawa selepas menewaskan Myanmar 4-2 dalam saingan Kumpulan B - Foto AFP
No comments:
Post a Comment