Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 27 November 2014

PAU 2014 : Pertahankan Akta Hasutan

Pendirian sebulat suara ketiga-tiga sayap parti UMNO

27 November 2014 2:16 AM


Shahrizat Abdul Jalil ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam.

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Ketiga-tiga sayap pergerakan UMNO hari ini sebulat suara mahu Akta Hasutan dipertahankan dan jika perlu ditambah baik, roh, semangat serta kuasa akta tersebut mesti dikekalkan untuk dijadikan perisai bagi masyarakat berlindung.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pergerakan itu bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional dan bukan profesional daripada berbilang kaum turut bergabung tenaga menggerakkan kempen mengumpul sejuta tandatangan menggesa kerajaan supaya tidak menghapuskan akta tersebut.

“Saya berharap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Kabinet akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Jangan menang sorak hari ini kampung digadai pada hari esok. Nanti jika tangis air mata darah sekalipun, kampung tidak akan kembali lagi,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Shahrizat turut berharap penggubalan Akta Keharmonian Nasional diteruskan untuk mempromosi dan menggalakkan semangat harmoni serta saling menghormati antara semua kaum di negara ini.

Beliau berkata, akta tersebut boleh digubal dengan menggariskan peruntukan yang bertujuan menggalakkan perasaan muhibah sesama kaum dan keharmonian nasional yang lebih bersifat saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Sementara itu, bagi Pemuda UMNO, apa yang paling mustahak, walau apa pun kesudahannya mengenai Akta Hasutan, terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut perlu dipertahankan kerana jika tidak, Malaysia yang dibina atas semangat keharmonian kaum akan hancur.

Serentak dengan itu, Ketuanya, Khairy Jamaluddin menggesa bukan Melayu agar menghormati kontrak sosial yang dipersetuji bersama iaitu dengan tidak mempersoalkan kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta kedaulatan raja-raja.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah perisai tempat berlindung, bukan hanya untuk orang Melayu tapi rakyat Malaysia. Sekiranya Akta Hasutan dipinda atau ditambah baik, paling mustahak perlu ada terma yang melarang dan menghukum sebarang kenyataan atau kelakuan menghasut.

“Ini kerana Pemuda UMNO percaya perlu ada batas dalam setiap kebebasan. Apa yang sensitif, apa yang boleh merosakkan pembuluh perpaduan, jangan disentuh sama sekali,” katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2014.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kewujudan Akta Hasutan menjamin apa yang terkandung di dalam Perlembagaan termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu tidak disentuh mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, akta itu sudah cukup untuk mengekang tindakan tidak bertanggungjawab itu namun malangnya tidak ada yang dikenakan hukuman setimpal atas kesalahan tersebut di bawah akta berkenaan.

“Walhal kita tahu undang-undang terhadap penghinaan kepada Raja-raja Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan. Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan antara kandungannya turut mempertahankan hak-hak raja Melayu.

“Mengapa ini berlaku? Adakah kerana kita tidak memahami tentang pemerintahan raja berperlembagaan dan manifestasi Rukun Negara?,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pertahankan-akta-hasutan-1.29731#sthash.JkMX272a.dpuf



No comments: