08 November 2014 9:26 PM
Telefon pintar ini sangat sesuai dijadikan pilihan kerana mempunyai spesifikasi yang mantap dengan harga yang sangat berpatutan.
Sejak awal tahun ini, Asus kelihatan semakin mendapat tempat di hati pengguna telefon bimbit. Lihat sahaja di Malaysia, barisan keluarga Asus Zenfone merupakan antara model yang popular di pasaran. Ia bukan sahaja menawarkan harga yang sangat berpatutan, malah turut menawarkan spesifikasi yang terbaik dalam kelasnya.
Sebenarnya, Asus Padfone S telah diumumkan pada Mac lalu untuk pasaran global. Namun di Malaysia, ia baru sahaja diumumkan pada harga RM899. Menariknya tentang Asus Padfone S ialah ia hadir dengan Pad Station yang boleh digunakan sebagai sebuah tablet. Untuk pasaran Malaysia, Pad Station dijual berasingan pada harga RM500.
– www.mesramobile.com
Jika anda mencari sebuah telefon pintar di bawah harga RM1,000, telefon ini adalah pilihan terbaik. Ia memiliki spesifikasi yang setanding dengan telefon bimbit High-End yang lebih mahal sekitar RM2,000. Namun Padfone S membawa sesuatu kelainan dengan dijual pada harga yang lebih mampu milik.
Pihak www.mesramobile.com pernah mencuba sendiri telefon pintar dari keluarga Asus Zenfone dengan cipset Intel. Ternyata ZenZui yang dibawa Asus memberi impak positif. Ia merupakan antara muka yang ringkas, menarik dan lancar serta sangat mesra pengguna. Sudah tentu, ZenZui turut hadir pada Asus Padfone S.
Asus padfone S dilengkapi denga cip Prosessor Snapdragon 801 Quad-Core 2.3 Ghz yang hadir dengan 2 GB RAM. Ia juga memiliki kamera 13 megapixel dengan kebolehan merakam video berdefinisi tinggi (HD) penuh 1080p. Seperti telefon bimbit High-End yang lain, Padfone S turut dilengkapi dengan sambungan rangkaian 4G LTE untuk capaian internet yang lebih pantas.
Antara kelebihan yang terdapat pada Asus Padfone S:
* Harga mampu milik bagi sebuah telefon pintar dengan spesifikasi High-End (RM899)
* Pelindung skrin dari Gorila Glass bagi melindungi skrin daripada calar dan pecah
* Sambungan internet 4G LTE yang lebih pantas
* Pad Station yang boleh dijadikan sebagai sebuah tablet
Antara kelemahan Asus Padfone S:
* Tiada fungsi kalis air dan debu
* Tidak menyokong Dual-SIM
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/asus-padfone-s-telefon-pintar-high-end-1.22317#sthash.pZ8GAH72.dpuf
No comments:
Post a Comment