Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 November 2014

POLITIK : Bubar UMNO Selangor: 
Noh serah kepada presiden parti

13 November 2014 1:56 AM


Noh Omar bersalaman dengan pengetua dan dan penolong kanan sekolah selepas merasmikan Kolokium Kepemimpinan Pendidikan di MSU Shah Alam, Selangor, semalam. – UTUSAN/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 12 Nov. – UMNO Sela­ngor menyerahkan kepada Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada mereka perlu dibubar dan di­strukturkan semula seperti yang diminta oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau akan menemui Perdana Menteri untuk mendapatkan nasihat dan memberi penjelasan tentang perkara tersebut dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, apa sahaja teguran dan kritikan ke atas UMNO Sela­ngor beliau akan terima, tetapi hanya presiden parti yang akan menentukannya.

“Saya akan jumpa presiden parti untuk mendapatkan nasihat dan memberi penjelasan. Saya akan akur dengan apa juga keputusan parti.

“Saya hanya mendengar nasihat daripada presiden parti kerana beliau yang melantik saya dan kalau nak tukar pun terserah kepada beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kolokium Kepemimpinan Pendidikan di Management and Science University (MSU) di sini hari ini.

Dr. Mahathir semalam sekali lagi menggesa UMNO Selangor dibubarkan dan distruktur semula ekoran kegagalan menawan semula negeri ini.

Bekas Presiden UMNO itu juga mencadangkan supaya pemimpin lama berundur dan memberi peluang kepada pemimpin baharu selain menunjukkan kehidupan sederhana.

Noh berkata, meskipun beliau sudah lima penggal memegang jawatan Ahli Parlimen Tanjung Karang, tetapi ini adalah kali pertama beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan negeri.

“Memegang jawatan ini bukan satu kebanggaan atau keistimewaan tetapi satu tanggungjawab yang cukup berat terutamanya di negeri yang kalah.

“Sebab itu saya buat dengan ikhlas untuk berkongsi pengalaman yang ada. Bagi saya yang penting UMNO boleh menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan siapa pun pemimpinnya tidak menjadi masalah,” jelas beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bubar-umno-selangor-8232-noh-serah-kepada-presiden-parti-1.24004#sthash.7n85uz2x.dpuf


No comments: