Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 November 2014

PAU 2014 : Akta Hasutan wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan - Muhyiddin

SELASA, 25 NOVEMBER 2014 @ 10:55 PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Akta Hasutan 1948 wajar dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan bagi memelihara perpaduan dan keharmonian nasional dan bukan sebagai akta yang hanya melindungi kepentingan orang Melayu sahaja.

Muhyiddin berkata, adalah wajar untuk kerajaan mengambil tindakan tegas membendung kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang boleh memercikkan api perbalahan kerana mencegah adalah lebih baik daripada nantinya terpaksa merawat luka permusuhan yang parah.

Sehubungan itu, beliau melihat beberapa peruntukan khusus perlu dimasukkan di dalam akta itu untuk melarang mana-mana pihak daripada mempersoalkan jaminan perlembagaan mengenai kedudukan Agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Akta ini juga perlu untuk menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan hak penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.


"Begitu juga dengan kedudukan tanah rizab Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja yang merupakan sebahagian daripada wasiat Raja-Raja Melayu, perlu dilindungi daripada perbuatan menghasut," katanya. - BERNAMA


SEBAHAGIAN perwakilan mendengar amanat khas daripada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. - Foto Ghazali Kori


No comments: