Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 November 2014

PAU 2014 : ‘Mesti drastik berubah’

Buang budaya negatif dikaitkan dengan parti – Muhyiddin

26 November 2014 2:49 AM


MUHYIDDIN YASSIN diiringi Khairy Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Mas Ermieyati Samsudin (kanan) menuju ke Dewan Merdeka untuk majlis perasmian serentak ketiga-tiga sayap parti di PWTC, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 25 Nov. - UMNO mesti melakukan perubahan drastik jika ingin kekal relevan dengan peredaran masa termasuklah membuang budaya negatif yang dikaitkan dengan parti itu, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ketika mendapat pandangan daripada golongan pemuda dan pemudi mengenai UMNO, mereka menggariskan lima perkara mengenai parti berusia 68 tahun itu.

“Pertama, mereka kata UMNO sedang mengalami trust deficit atau defisit kepercayaan; kedua, UMNO ini parti feudal; ketiga, dalam UMNO ada budaya play safe dan budaya pak turut; keempat, UMNO dikuasai oleh warlord; dan kelima, UMNO diancam oleh budaya ugut dan budaya tabur. Ini kata mereka,’’ katanya.

Beliau berucap di hadapan hampir 3,000 perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO ketika merasmikan serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Berucap dalam landskap keresahan orang Melayu terhadap kemampuan UMNO untuk menjadi parti masa depan mereka, Muh­yiddin berkata, tanggapan mengenai budaya negatif itu telah mewujudkan persepsi bahawa UMNO sedang dilanda budaya kelesuan.

“Oleh itu ahli-ahli UMNO perlu membuktikan bahawa UMNO bukannya sebuah parti yang lesu, tidak mempunyai budaya pak turut, budaya nyanyi, budaya puji, budaya lambung dan budaya ampu.

“UMNO adalah parti yang berwibawa, parti yang ada idealisme, parti yang ada masa depan, parti pilihan anak-anak muda. Ingatlah, orang muda hari ini tidak suka jadi pak turut. Mereka naik geli dengan budaya ampu. Mereka benci budaya sabo. Mereka tolak budaya cah keting. Jika kita boleh buang semua budaya negatif ini jauh-jauh, saya yakin UMNO akan menjadi parti pilihan orang muda,’’ tegasnya.

Dalam ucapan yang bertajuk ‘Merekayasa Perubahan Mendepani Zaman’ itu, beliau turut menyentuh budaya warlord dalam parti tersebut.

“Mereka ini amat berkuasa kerana mempunyai ramai pengikut setia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mereka. Dengan sokongan pengikut, warlord akan mengugut pemimpin atasan parti untuk berikan apa sahaja yang mereka minta. Jika tak diberi, mereka akan sabo parti dalam pilihan raya,’’ katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa ahli-ahli UMNO membuktikan warlord bukan sebahagian daripada budaya UMNO dan menolak sikap sekalangan yang cuba untuk kekal berkuasa dengan menabur kemewahan kepada pengikut.

“Pengikut yang terima wang akan suka. Mereka puji pemimpin yang boleh beri sesuatu kepada mereka, tetapi jangan kita lupa, rakyat di luar sana tak suka politik wang. Mereka curiga bila lihat orang politik hidup mewah, tak setimpal dengan pendapatan. Apatah lagi jika ada yang suka menunjuk-nunjuk kemewahan, rakyat akan mula menuduh bermacam perkara yang tidak baik terhadap parti kita. Inilah punca masalah trust deficit atau defisit kepercayaan terhadap UMNO. Jadi, ingatlah, apa guna kita naik dalam hierarki parti, tetapi rakyat menolak parti kita kerana mereka tidak suka dengan imej dan sikap kita,’’ katanya.

Muhyiddin menegaskan, jika UMNO ingin menjadi parti masa hadapan, maka citra UMNO mestilah sesuai dengan jiwa anak muda Melayu, golongan profesional Melayu dan seluruh generasi muda yang merupakan pewaris perjuangan.

“Untuk itu, UMNO memerlukan suntikan tenaga muda yang berkebolehan untuk memimpin parti. Orang lama mesti beri laluan kepada orang muda. Lebih-lebih lagi jika kita menjadi liabiliti kepada parti, kita harus segera berundur secara terhormat. Kita telah lama bercakap mengenai peremajaan UMNO, tetapi tanyalah diri kita apakah proses ini benar-benar berlaku dalam parti,’’ katanya.

Beliau mengingatkan survival parti itu tidak boleh bergantung semata-mata kepada rekod sumbangan masa lalu.

“Kita perlu merekayasa perubahan. Ini adalah seruan terakhir untuk UMNO. Do or be dead! Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan pemimpin UMNO di semua peringkat, jika kita menjadi batu penghalang kepada peremajaan parti, maka kita mesti berundur secara terhormat,’’ tegasnya.

Beliau mengakhiri ucapan dengan gesaan orang Melayu agar merenung nasib bangsa menerusi seruan: “Bangkitlah bersama-sama UMNO untuk merencana masa depan bangsa kita agar tidak hilang ditelan zaman, agar terus tegar mendepani cabaran.”

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-mesti-drastik-berubah-8217-1.29365#sthash.TxQsLsKo.dpuf



No comments: