Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 11 July 2014

WORLD CUP - Playoff tempat ketiga: Penawar duka buat Scolari


LUIZ Felipe Scolari (kanan) menenangkan pemain tengah Brazil, Oscar selepas mereka kalah kepada Jerman dalam perlawanan separuh akhir kelmarin. - REUTERS

BELO HORIZONTE - Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari dan pemainnya cuba melupakan kekalahan teruk kepada Jerman di separuh akhir secepat mungkin dengan mengubah tumpuan mereka kepada perlawanan perpisahan dalam Piala Dunia di tempat sendiri.

Scolari berkata, mereka perlu mencari jalan untuk terus meneruskan kehidupan dan pasukan itu sudah pun mempunyai satu matlamat baharu: Memenangi perlawanan tempat ketiga Sabtu ini (Ahad waktu Malaysia) untuk memberikan peminat mereka sesuatu untuk diraikan.

"Hidup mesti diteruskan, kami perlu memandang ke hadapan dan matlamat kami seterusnya adalah untuk memenangi perlawanan tempat ketiga.

"Kami perlu bermain. Itu telah menjadi matlamat utama kami," kata Scolari semalam.

Jurulatih veteran itu berkata, dia tahu keputusan 7-1 menentang Jerman adalah parut luka yang kekal selamanya, tetapi menegaskan bahawa satu kekalahan teruk tidak memadamkan apa yang dianggapnya sebaliknya satu kempen yang baik oleh pasukannya.

Scolari berkata, menjadi tugasnya untuk memastikan pemain melupakan "perkara teruk itu" yang menimpa mereka selepas kalah besar kepada Jerman.

"Mereka akan terus bermain buat Brazil dan kami akan terus menjadi salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Mungkin ramai pemain ini akan bermain buat Brazil pada 2018," katanya.

Hanya segelintir peminat menanti pasukan itu di kem latihan mereka di luar Rio de Janeiro semalam, termasuk seseorang yang membawa sepanduk yang tertulis ‘malu’.

Beberapa peminat mengejek apabila bas yang membawa skuad itu meninggalkan lapangan terbang Rio.

"Kami perlu profesional dan kami perlu menunjukkan perwatakan kami.

"Kami perlu melepasi tiga hari ini dan bermain baik pada Sabtu ini untuk cuba menduduki tempat ketiga," kata pemain tengah Fernandinho.

Scolari berkata, penting untuk melihat kekalahan Selasa lalu, yang terburuk buat pasukan itu dalam sejarah 100 tahunnya, menyamai angka kekalahan 6-0 kepada Uruguay pada 1920.

"Kerana keputusan itu dan angka gol yang besar, kami tahu kekalahan ini akan tercatat dalam sejarah.

"Namun itu turut tercatat dalam sejarah bahawa kali pertama sejak 2002 kami mara ke separuh akhir. Kerja kami tidak teruk, (tetapi) hanya satu kekalahan teruk," kata Scolari.

Scolari menyalahkan ‘malapetaka enam minit’ di mana Jerman menjaringkan empat gol dalam babak pertama.

Jurulatih pemenang Piala Dunia 2002 itu kembali menerajui skuad kebangsaan Brazil pada penghujung 2012.

Dalam 28 perlawanan, dia menang 19 kali, seri enam dan kalah tiga, termasuk perlawanan Selasa lalu.

Scolari tidak dijangka kekal sebagai jurulatih Brazil tetapi dia berkata bahawa sebarang keputusan mengenai masa depannya tidak akan dibuat sehingga selepas kejohanan itu. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140711/sl_07/Playoff-tempat-ketiga-Penawar-duka-buat-Scolari#ixzz3795Uyx7a  © Utusan Melayu (M) Bhd


No comments: