KARIM Benzema sempat membetulkan rambut Antoine Griezmann, sambil dilihat oleh Hugo Lloris pada sesi latihan Perancis di Botafogo, Sao Paulo, Brazil semalam. - REUTERS
Trio penggempur Nigeria, Ahmed Musa, Emmanuel Emenike dan Peter Odemwingie bukan satu-satunya perkara yang membimbangkan Perancis dalam saingan pusingan kedua, pagi esok.
Sebaliknya cuaca panas di Brasilia yang dijangka mencecah 30 darjah Celsius dikhuatiri akan menyekat juara 1998 itu daripada menampilkan aksi terbaik.
Pada kejohanan yang didominasi oleh Amerika Selatan, pengendali Les Bleus, Didier Deschamps khuatir pemainnya gagal bertahan dalam cuaca panas.
Ya, cuaca amat merisaukan saya.
Secara semula jadi, pemain Nigeria lebih mudah menyesuaikan diri dengan cuaca panas.
Perlawanan mungkin berlangsung pada jam 4 petang (waktu Brazil), jadi kami perlu menangani situasi ini dengan sebaiknya," ujar Deschamps.
Selain masalah cuaca, kepantasan jentera Super Eagles satu lagi faktor yang merisaukan gergasi Eropah itu.
Ahmed, Emenike serta Odemwingie perlu dikawal ketat kerana memiliki larian deras dan mampu menghukum lawan andai dibiarkan bergerak bebas.
Mereka memainkan watak utama dalam dua gol yang dicipta Nigeria ketika tewas 2-3 kepada Argentina.
Ahmed sangat lincah di sayap, Emenike pula penyerang bertenaga, manakala Odemwingie mampu menyusup ke kubu lawan serta memiliki penyudah tajam.
Nigeria sebuah pasukan yang sangat bagus. Mereka memberikan kesukaran kepada Argentina.
Pasukan itu cukup bertenaga, pantas di bahagian serangan, selain memiliki pemain tengah yang rajin," kata pemain tengah Perancis, Yohan Cabaye.
Bacary Sagna dan Mathieu Debuchy merebut posisi bek kanan Perancis, manakala Mamadou Sakho yang bergelut dengan masalah hamstring mungkin diganti oleh Laurent Koscielny jika gagal pulih.
Olivier Giroud dan Antoine Griezmann pula bersaing untuk berganding dengan Karim Benzema serta Mathieu Valbuena di jentera serangan, manakala Paul Pogba dan Moussa Sissoko berebut tempat di bahagian tengah.
Sementara itu Nigeria sedia untuk beraksi pada perlawanan kalah mati pertama mereka sejak 1998 selepas selesai isu pembayaran bonus.
Pemain Super Eagles tidak hadir sesi latihan Khamis lalu kerana masalah bonus, namun kembali menjalani latihan semalam selepas perkara itu diselesaikan oleh Presiden, Goodluck Jonathan dalam pertemuan dengan jurulatih Stephen Keshi dan kapten, Joseph Yobo.
Mental kami perlu kuat. Kami turun dengan misi mencari kemenangan.
Tidak kira pasukan mana yang kami tentang, Sepanyol atau siapa saja... Dan tidak kisah dalam kejohanan apa kami bermain, kami mahu menang," kata Keshi.
Nigeria merupakan salah satu daripada dua wakil Afrika yang berjaya ke peringkat kalah mati di Brazil, selain Algeria.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140630/sl_15/Trio-Nigeria-cuaca-ancaman-Les-Bleus#ixzz36lAlG1y1 © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment