1.ANUGERAH SEMANGAT KESUKANAN - Bastian Schweinsteiger
Hanya ada satu pemenang pada setiap penghujung perlawanan. Lazimnya, kesedihan dan kekecewaan akan mengiringi pasukan yang kalah.
Kita boleh lihat tangisan pemain apabila pasukan mereka tersingkir. David Luiz dan Cristiano Ronaldo antara yang tidak mampu menahan air mata daripada mengalir setelah disingkirkan daripada Piala Dunia.
Jerman adalah pasukan yang paling banyak terlibat dengan emosi sedih lawan kerana kebanyakan kemenangan yang dilakar mereka memang amat menyakitkan. Bermula dengan membenam Portugal 4-0, menyingkirkan Perancis di suku akhir dan memalukan Brazil 7-1 di separuh akhir.
Namun setiap kali situasi ini terjadi, pemain Die Mannschaft, Bastian Schweinsteiger sentiasa ada untuk memujuk pemain lawan.
2.ANUGERAH PERTAHANAN PALING TERUK
Piala Dunia kali ini menyaksikan banyak gol terhasil kerana benteng yang rapuh. Pada ketika banyak pasukan berdepan masalah pertahanan, agak sukar untuk menentukan siapa layak diberi anugerah Pertahanan Paling Teruk.
Namun, kesilapan pemain tengah Brazil, Fernandinho yang memberi bola kepada pemain Jerman, Toni Kroos untuk menyumbang kepada kekalahan besar pasukannya membolehkan dia menjadi penerima anugerah tersebut.
3.ANUGERAH SEPAKAN SUDUT TERBURUK
Kita sudah menyaksikan beberapa gol cantik dihasilkan menerusi sepakan sudut tetapi pada masa sama terdapat juga sepakan sudut yang agak memalukan.
Paling buruk ialah sepakan penyerang England, Wayne Rooney ketika berdepan Itali.
Dia bukan saja gagal membuat hantaran cantik, malah lebih memalukan tendangannya terkeluar dari garisan.
4.ANUGERAH PENGADIL PALING DIBENCI
Mexico telah mempamer aksi hebat pada kejohanan kali ini dan hampir melakar kejutan ketika menentang Belanda di suku akhir sebelum pengadil, Pedro Proenca menghadiahkan penalti kepada skuad Oranje di waktu kecederaan apabila Arjen Robben dengan sengaja merebahkan diri.
Belanda berjaya menyempurnakan sepakan itu dan Mexico berasakan mereka tidak berhak kalah dalam situasi yang dipengaruhi oleh prestasi buruk pengadil. Kesimpulannya, anugerah ini wajar diberikan kepada Proenca.
5.ANUGERAH SAMBUTAN GOL TERBAIK
Kita telah melihat pelbagai gelagat ditunjukkan pemain setiap kali pasukan mereka mencipta gol. Ghana melakukan tarian tradisional ketika bertemu Jerman, namun ia masih tidak boleh menandingi gaya jurulatih Costa Rica, Miguel Herrera.
Kepada yang tidak biasa mungkin akan terkejut melihat dia menjerit dan seperti mahu bergaduh dengan pembantunya setiap kali Costa Rica mendapat gol.
6.ANUGERAH PENYOKONG TERBAIK
Walaupun terdapat bantahan terhadap penganjuran Piala Dunia, tetapi penyokong Brazil membuktikan mereka adalah peminat terbaik dan menghargai bola sepak.
Meskipun tuan rumah diaibkan Jerman 7-1 di separuh akhir, penyokong Brazil tetap berdiri dan menepuk tangan menghargai prestasi hebat yang ditunjukkan skuad Die Mannschaft, terutama apabila Mesut Ozil menjaringkan gol ketujuh mereka.
Terharu dengan situasi itu, Ozil telah memuat naik gambar penuh emosi seorang penyokong veteran Brazil di laman Twitter.
7.PENYOKONG WANITA TERBAIK
Kehadiran seorang wanita jelita dari Colombia yang bersorak buat pasukannya ketika menentang Brazil di suku akhir mencuri tumpuan ramai. Malah, populariti wanita tersebut naik mendadak selepas gambarnya dimuat naik di beberapa laman Internet.
No comments:
Post a Comment