SHAH ALAM 12 Feb. - Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung status Facebooknya yang mengandungi hasutan, cacian dan fitnah melampau terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Wanita berusia 27 tahun yang dipercayai pemilik akaun Facebook dengan nama Josephine Mary itu ditahan di rumahnya di Kajang, Hulu Langat dekat sini pada kira-kira pukul 1 pagi ini.
Dia kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk diambil keterangan dan dibebaskan pada sebelah petang dengan jaminan polis
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.
Semalam pegawai pengiring kepada Sultan Selangor, Asisten Supritendan Ahmad Rohisham Ahmad membuat laporan di Balai Polis Seksyen 6 di sini terhadap sebuah blog yang menyiarkan pautan Facebook mengandungi hasutan, cacian serta fitnah melampau terhadap baginda.
Laporan itu dibuat Ahmad Rohisham selepas mendapat perkenan baginda.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140213/je_01/Wanita-hina-Sultan-Selangor-ditahan#ixzz2tA7oWEGa © Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment