Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 February 2014

Permulaan baharu buat JDT - Baihakki






Pemain JDT, Hariss Harun diasak oleh dua pemain Kedah, Mohd. Syazwan Zainon (kiri) dan Jose Franco Gomez dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Johor Bahru kelmarin, yang dimenangi tuan rumah 3-1.

JOHOR BAHRU - Kemenangan 3-1 yang dilakar pasukan selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menentang Kedah dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA kelmarin merupakan tonik terbaik buat pasukan itu untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

Pemain pertahanan JDT, Baihakki Khaizan berkata, kemenangan yang diraih pasukan tersebut merupakan permulaan kepada momentum cemerlang yang ingin dilakar mereka untuk saingan musim ini.

"Bukan mudah sebenarnya bermain untuk sebuah pasukan seperti JDT, ini kerana tekanan hadir daripada pelbagai sudut.

"Namun saya percaya, kini kesemua pemain sudah dapat menemui rentak yang sesuai dengan mereka dan saya berharap kemenangan ini suatu permulaan baik buat kami," katanya di sini semalam.

Keputusan 3-1 itu memberikan skuad bimbingan jurulatih dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jiminez dalam kedudukan selesa sebelum berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk aksi timbal balik pada 18 Februari nanti.

Sungguhpun begitu, Baihakki mengakui sedikit kecewa dengan kedudukan JDT dalam saingan Liga Super kerana merasakan pasukan mereka mampu untuk berada di kedudukan yang lebih baik.

"Saya tidak percaya apabila melihat kedudukan JDT dalam carta liga, namun saya berharap kami dapat memperbaiki kedudukan tersebut dari semasa ke semasa," ujarnya yang bertindak selaku kapten pasukan dalam perlawanan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140213/su_04/Permulaan-baharu-buat-JDT---Baihakki#ixzz2tAPPaZWY  © Utusan Melayu (M) Bhd



No comments: