Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 18 February 2014

Harimau Muda A tetap sertai NPL


Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my




KUALA LUMPUR - Skuad Harimau Muda A akan tetap beraksi dalam Liga Perdana Kebangsaan (NPL) Queensland bulan depan meskipun sebuah akhbar Australia mendakwa penyertaan pasukan itu akan membuka pintu kepada gejala rasuah dan mengatur perlawanan dengan penglibatan sindiket pertaruhan dari Asia.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan tuduhan yang dikeluarkan akhabar Brisbane Times itu lebih menjurus kepada persepsi media semata-mata dan tidak mewakili pandangan Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA).

"Saya menafikan tuduhan liar yang dilakukan ini kerana lebih kepada persepsi media sahaja. Apa yang penting sekarang ini pasukan Harimau Muda A ke sana untuk mencari pengalaman.

"Tiada apa yang perlu kita risau dan saya juga sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada FFA berhubung perkara yang dibangkitkan ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, pakar antarabangsa terhadap gejala mengatur perlawanan, Declan Hill, yang merupakan penulis buku The Fix and The Insider’s Guide to Match Fixing mendakwa di dalam akhbar itu, penyertaan Harimau Muda A dilihat akan membuka pintu kepada gejala tidak sihat itu.

Menurut Hill, ini berdasarkan kepada kemungkinan Harimau Muda boleh meraih mata daripada perlawanan liga tetapi tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan akhir, mungkin memberi risiko akan kehadiran sindiket untuk cuba mempengaruhi keputusan perlawanan.

Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Cameron Atfield di dalam akhbar berkenaan, kemungkinan itu tetap ada berdasarkan pengakuan penjaga gol Geylang United dalam saingan Liga Singapura 2012, Yazid Yasin yang pernah didekati oleh pihak sindiket agar melepaskan gol ketika bertemu Harimau Muda A.

Sementara itu, pengendali Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee berkata, pihaknya tidak begitu risau dengan perkara itu kerana pasukan itu memiliki matlamat yang jelas untuk mencari pengalaman.

Bagaimanapun katanya, mesej yang disampaikan itu merupakan peringatan kepada pegawai dan para pemain agar mereka tidak terlibat dengan gejala itu kerana mereka juga tahu kesan yang bakal dihadapi.

"Kami tidak perlu ambil kisah sangat tentang tuduhan itu kerana itu merupakan pendapat penulis dan tidak mewakili pandangan FFA," katanya.

Harimau Muda akan berangkat ke Australia pada 28 Februari ini tanpa kehadiran Kim Swee yang terlibat dengan pasukan Harimau Malaya bagi menghadapi Yemen dalam kelayakan Piala Asia 2015.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140218/su_02/Harimau-Muda-A-tetap-sertai-NPL#ixzz2tdDXsW6a  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: