Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 14 February 2014

MARI BACA - FDI Malaysia 2013 cecah RM38.8b - TAK JUMPA KAT PAPER PUAK SEBELAH...


Oleh AZMAN IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my





KUALA LUMPUR 13 Feb. - Malaysia berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM38.8 bilion sepanjang tahun 2013, peningkatan 24 peratus berbanding RM31.1 bilion yang dicapai pada tahun 2012. Prestas FDI itu dianggap sangat baik walaupun ekonomi masih dalam pemulihan yang perlahan dan tidak menentu.

Malah, peningkatan FDI di Malaysia adalah lebih baik berbanding FDI di peringkat global iaitu sebanyak 11 peratus jika dibandingkan dengan negara-negara membangun (6.2 peratus) dan 2.4 peratus di peringkat Asia Tenggara seperti yang dilaporkan oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

“Semua sektor mencatatkan peningkatan dalam aliran FDI pada tahun lalu. Pelaburan sebahagian besarnya disumbang daripada sektor pembuatan dengan 37.6 peratus, perkhidmatan (28.8 peratus) dan perlombongan menyumbang sebanyak 28.7 peratus,’’ kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam satu kenyataan hari ini.

FDI Malaysia pada 2013 juga merupakan satu rekod pencapaian tertinggi setakat ini selepas pernah mencapai RM37.3 bilion pada 2011.

Tambah kenyataan itu, sektor perkhidmatan merupakan penyumbang terbesar dalam sub sektor menerusi aktiviti kewangan, insu­rans dan takaful serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Malah, banyak syarikat perbadanan dan multinasional (MNC) luar negara telah memilih Malaysia bagi membangunkan pusat peng­operasian global dan serantau mereka.

Pemilihan Malaysia oleh perbadanan dan MNC ini dapat menyepadukan nilai dan aktiviti rangkaian bekalan yang mempunyai ekosistem perniagaan yang kukuh.

“Trend ini akan menghasilkan momentum ke hadapan, membantu kerajaan mencipta persekitaran yang lebih kondusif untuk komuniti perniagaan di Malaysia.

“Banyak MNC telah menjalankan program-program latihan berstruktur di negara ini bagi menyediakan pekerja Malaysia yang berdaya saing.

“Dalam jangka masa panjang, program-program latihan ini akan mencipta peluang pekerja untuk berpendapatan tinggi dalam sub sektor perniagaan, perakaunan, kewangan, teknologi maklumat, kejuruteraan, teknikal dan perkhidmatan-perkhidmatan baharu,’’ ujar kenyataan itu.

Dalam aspek pelaburan swasta yang direalisasikan pada tahun lalu (diukur menerusi pembentukan modal tetap kasar-GFCF), Malaysia berjaya mencapai RM161.1 bilion, peningkatan 14.9 peratus berban­ding RM140.2 bilion pada 2011.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140214/ek_01/FDI-Malaysia-2013-cecah-RM388b#ixzz2tGAlEtc2  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: