Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 13 February 2014

'Dah habis, selepas bersumpah cukuplah'


Oleh radhuan hussain
sukan@utusan.com.my







KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan insiden Larkin yang mencetuskan ketegangan antara T-Team dengan Johor Darul Ta'azim (JDT) sebagai sudah 'selesai' selepas upacara bersumpah al-Quran oleh pihak T-Team Isnin lalu.

Beliau seterusnya mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sejurus ditanya pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini semalam.

"Dah habis, selepas bersumpah cukuplah," kata Menteri Besar itu lagi.

Ditanya mengenai reaksi Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Ahmad mengenai tindakan pihak T-Team bersumpah menggunakan al-Quran, Ahmad hanya berkata: "Tak apalah, cukuplah. Saya dah kata hari itu, ini bukan soal main-main".

Kelmarin, Tengku Abdullah membuat teguran agar jangan bermain-main dengan al-Quran dan pada masa sama, beliau mahu perkara itu diserahkan kepada FAM untuk menyiasat dan bertindak dengan sewajarnya. Menurutnya, kepercayaan perlu diberikan kepada badan induk tersebut untuk tindakan selanjutnya berhubung insiden itu.

Isnin lalu, penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar dan seorang pemain skuad The Titans, Khairan Izuan Razali bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu.

Sumpah itu dibuat bagi membuktikan kebenaran dakwaan mereka mengenai insiden pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan yang mereka dakwa berlaku sewaktu perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Keesokannya pula (kelmarin), pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani yang sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan kenyataannya yang bertentangan dengan pasukannya itu turut berbuat demikian (bersumpah).

Ditanya mengenai sumpah yang dibuat Muhammad Irfan itu, Ahmad berkata, terpulang kepada pemain kelahiran Johor itu.

"Ikut pandai dialah (Muhammad Irfan). Kita serahkan kepada persatuan bola sepak (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu), saya tak boleh campur tangan dan ini bukan tugas saya.

"Itu antara dia dengan persatuan (PBSNT), tidak melibatkan kita. Saya dah kata cukuplah, semalam pun (kelmarin), (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin sudah komen, tak perlulah panjang-panjang. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140213/su_03/Dah-habis-selepas-bersumpah-cukuplah#ixzz2tALEeNLR  © Utusan Melayu (M) Bhd


 KOMEN : NO KOMEN... MANA ADA SELESAI... MASIH DALAM SIATAN FAM... YANG BERSUMPAH TU TAK BOLEH DIAMBIL KIRA... KES LIWAT ANWAR PUN TAK SELESAI WALAUPUN SAIFUL DAH BERSUMPAH... DIA YANG MULAKAN DIA YANG KENDURKAN...APA HAL?

No comments: