Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 5 February 2014

Baiki moral sebelum selesai masalah orang lain - Ruslan Kassim






KUALA LUMPUR 4 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memperbetulkan moralnya terlebih dahulu sebelum menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor.

Bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim berkata, Anwar masih belum membersihkan namanya yang dikaitkan dengan skandal moral termasuk tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Malah, menurut beliau, Anwar perlu berdepan dengan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang itu daripada pertuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan pada 12 dan 13 Februari ini.

"Agak aneh apabila Anwar menjelaskan, beliau ingin bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana terdapat pelbagai masalah besar di Selangor yang gagal diselesaikan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Tindakan Anwar itu boleh diibaratkan seperti 'menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri' kerana bagaimana beliau dapat menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri sendiri terpalit dengan banyak isu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ruslan mengulas pandangan berapa individu yang pernah rapat dengan Anwar termasuk Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor serta bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhammad Rahimi Osman dan Anuar Shaari yang menyifatkan tindakan Penasihat PKR itu bertanding di DUN Kajang sebagai sandiwara politik untuk menyelamatkan dirinya daripada hukuman terhadap tuduhan liwat buat kali kedua.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan berkenaan.

Sementara itu, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar memberitahu, alasan diberikan Anwar untuk bertanding di DUN Kajang adalah dangkal dan tidak logik.

"Anwar seolah-olah cuba mengalihkan segala kelemahan diri sendiri kepada Abdul Khalid," ujarnya.

Jelas beliau, kegagalan Anwar berbincang dengan DAP dan Pas tentang hasratnya bertanding di DUN Kajang lebih awal menunjukkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam keadaan terdesak.

"Saya harap pemimpin-pemimpin DAP dan Pas sedar dan membuka mata mereka terhadap penipuan Anwar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140205/po_05/Baiki-moral-sebelum-selesai-masalah-orang-lain---Ruslan-Kassim#ixzz2sP7wwqtX  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : MANA DIA ADA BERANI NAK SELESAIKAN KES DIA DI MAHKAMAH... BANYAK PENIPUAN DAN PUTAR BELIT DIA DAH GUNAKAN...AGAK-AGAK ADA LAGI KE PUTAR BELIT DIA BILA KES DISEBUT SEMULA...?

No comments: