Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 February 2014

Jangan provokasi orang Melayu


Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my





Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Musa Shekh Fadzir (dua dari kanan) dan Mohd. Zaidi Mohd. Said semasa merasmikan Wisma Transformasi UMNO Bahagian Permatang Pauh di Pulau Pinang, semalam. Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersalam dengan ahli-ahli UMNO Permatang Pauh semasa hadir merasmikan penjenamaan semula Wisma Transformasi UMNO Bahagian Permatang Pauh di Pulau Pinang, semalam. Turut kelihatan Mohd. Zaidi Mohd. Said dan Musa Sheikh Fadzir.

PERMATANG PAUH 16 Feb. - Toleransi tahap tinggi yang ditunjukkan orang Melayu selama ini tidak harus dibalas dengan perbuatan berbentuk provokasi terhadap agama Islam sehingga boleh mengundang tindak balas ganas.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejak akhir-akhir ini pelbagai perbuatan provokasi dicetuskan pihak-pihak tertentu dan akibatnya, wujud golongan ekstrem dalam kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini yang membalas perbuatan tersebut.

"Saya mengambil contoh kejadian gereja di negeri ini yang dibaling bom petrol pada bulan lepas. Sebelum ini tidak ada kejadian sedemikian tetapi apabila ada provokasi termasuk menggantung kain rentang mempunyai kalimah Allah berhampiran beberapa gereja, maka wujudlah tindak balas sedemikian.

"Dalam kes Teresa Kok pula, ramai yang memberi komen mengecam pihak yang memberi tawaran untuk menampar beliau. Jika Teresa tidak mulakan provokasi, tidak akan ada tawaran demikian," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Wisma Transformasi UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengulas tindakan biadab pihak tertentu meletakkan ketulan daging babi di hadapan sebuah masjid di Cherok Tok Kun, di sini pagi ini.

Mengenai sikap toleransi orang Melayu, beliau berkata, perkara berkenaan telah terbukti sejak dahulu lagi apabila keluarga minoriti Cina boleh hidup di perkampungan Melayu tanpa masalah.

"Orang Cina boleh hidup aman damai dalam perkampungan Melayu tanpa ada masalah, malah boleh membela anjing. Selama ini kita hidup seperti sebuah keluarga besar kerana sikap toleransi berkenaan tetapi janganlah dibalas dengan tindakan provokasi," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140217/po_03/Jangan-provokasi-orang-Melayu#ixzz2tXr65ah2  © Utusan Melayu (M) Bhd




No comments: