Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 February 2014

Tuntutan melampau batas bukti Dong Zong rasis


NAK BAGI MUNGKIN PASTI , TAK NAK BAGI LANGSUNG TAK PASTI.


KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tuntutan Pertubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) jelas berasaskan kepada semangat ‘kiasu’ dan rasis semata-mata.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Dong Zong dalam isu UEC dilihat melangkau sempadan pendidikan, mempunyai agenda penghakisan jati diri, perpaduan antara kaum dan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara ini.

Beliau menegaskan, perkara yang dituntut oleh Dong Zong bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terutama dalam Perkara 152 dan 153.

"Dong Zong dilihat sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelampau, menolak usaha kerajaan menyatukan rakyat menerusi sistem persekolahan satu bahasa.

"Sebaliknya tambah beliau, tuntutan pertubuhan tersebut banyak berkisar kepada pengasingan antara kaum di sekolah, memperkasakan bahasa ibunda mereka dengan cuba mengenepikan penggunaan bahasa kebangsaan.

"Dong Zong sudah melampau batas apabila menuntut kerajaan memberikan pengecualian kepada pelajar lulusan UEC sekolah persendirian Cina supaya tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dong Zong yang sekali lagi mengemukakan tuntutan agar UEC diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Dong Zong seolah-olah ingin mengambil kesempatan daripada suasana kehangatan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk mendesak IPT di bawah pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk mengiktiraf UEC.

Tuntutan itu disuarakan Presiden Dong Zong, Dr. Yap Sin Tian ketika berucap dalam majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran pertubuhan tersebut di Kajang dekat sini Khamis lalu.

Beliau juga meminta kerajaan PKR Selangor memperuntukkan tanah seluas 2.02 hektar untuk pembinaan Sekolah Menengah Yu Hua.

Mengulas lanjut, Syed Ali menambah, tuntutan tersebut amat tidak masuk akal kerana prasyarat di negara ini bahawa setiap pelajar diwajibkan lulus dalam mata pelajaran bahasa Malaysia bagi melayakkan mereka mendapat kelulusan SPM.

"Jika kerajaan memenuhi tuntutan tersebut, akan menggalakkan lebih ramai lagi kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina atau vernakular," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140213/dn_09/Tuntutan-melampau-batas-bukti-Dong-Zong-rasis#ixzz2t9v9sEF5  © Utusan Melayu (M) Bhd



 KOMEN : SOKONG SANGAT SISTEM SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA...

No comments: