Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 12 February 2014

JDT menang selesa ketika 3 pemain dibuang padang






JOHOR BAHRU - Perlawanan suku akhir pertama Piala FA antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin semalam berakhir tanpa pergaduhan, namun tetap tercemar apabila pengadil perlawanan melayangkan tiga kad merah dalam aksi yang berkesudahan tuan rumah menang 3-1.

Kelebihan dua gol itu memberikan skuad bimbingan jurulatih dari Sepanyol, Cesar Ferrando Jiminez dalam kedudukan selesa ketika berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk aksi suku akhir kedua pada 18 Februari nanti.

Dalam perlawanan semalam, separuh masa pertama bermula rancak dengan kedua-dua pasukan saling mengasak menerusi percubaan demi percubaan dengan gol pertama JDT hadir menerusi bekas pemain Selangor, Amri Yahyah pada minit ke-14.

Tujuh minit kemudian gol kedua tuan rumah menyusul apabila pemain pertahanan, Mahalli Jasuli membuat hantaran sempurna untuk memudahkan bekas pemain Lions XII, Harris Harun menolak masuk.

Kedah yang tersentak dengan dua jaringan awal itu menggandakan usaha mereka dan pada minit ke-23 penyerang dari Ireland, Billy Osman Mehmet menghasilkan gol cantik apabila membuat sepakan lambung yang melepasi jangkauan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.

JDT kehilangan khidmat pemain pertahanan, Muhd. Fazly Mazlan pada minit ke-71 apabila dilayangkan kad merah setelah membuat terjahan keras ke atas Mohd. Khyril Muhymeen dan kesempatan itu hampir membolehkan anak-anak buah David Mitchell meraih gol penyamaan pada minit ke-73 menerusi kapten, Baddrol Bakhtiar namun sepakan bebas yang diambilnya sekadar menggegarkan gawang gol.

Kekecewaan skuad Lang Merah bertambah apabila mereka pula kehilangan dua pemain selepas Baddrol dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-75 dan Mohd. Syazwan Zainon pada minit-83.

Gol ketiga JDT hadir menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa yang menanduk masuk hantaran Mahali ketika permainan memasuki masa kecederaan.

Sementara itu, Felda United gagal mengambil kesempatan beraksi di kandang sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sarawak di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140212/su_05/JDT-menang-selesa-ketika-3-pemain-dibuang-padang#ixzz2t4SZbNvk  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Keputusan Piala FA (suku akhir pertama)

Johor Darul Ta’zim 3   Kedah 1

Kelantan 3   PKNS FC 2

PDRM 1   Pahang 1

Felda United 0   Sarawak 0


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140211/su_16/Keputusan-Piala-FA-suku-akhir-pertama#ixzz2t4T1JZw9  © Utusan Melayu (M) Bhd 






No comments: