Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 7 February 2014

PEMIMPIN TARAF DUNIA KAKI TEMBERANG NI MANA PERNAH JUJUR...


Anwar perlu jujur beri jawapan - Nallakaruppan




KUALA LUMPUR 6 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta memberi penjelasan berhubung tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatannya serta-merta tanpa sebarang alasan kukuh.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga perlu memberi jawapan secara jujur.

"Anwar jangan menganggap rakyat Kajang bodoh. Saya juga mahu Anwar beri jawapan kepada rakyat Kajang secara berterus terang. Anwar perlu beritahu rakyat Kajang bahawa beliau cuma pandai cakap sahaja tetapi tidak pandai buat kerja.

"Anwar gagal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sebab yang betul-betul buat kerja semasa krisis ekonomi adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Dia cuma mahu main tenis setiap hari. Saya tahu sebab saya tennis partner beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Nallakaruppan yang juga Ahli Dewan Negara menawarkan diri bertanding menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang Anwar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Bagi membolehkan kedua-dua belah pihak memberikan tumpuan kepada pertarungan di DUN Kajang, Nallakaruppan menyatakan kesediaannya melepaskan kedudukan sebagai Ahli Dewan Negara manakala Anwar dicabar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam pada itu, Nallakaruppan menegaskan, Anwar adalah seorang ahli politik yang tidak pandai menjalankan kerjanya tetapi hanya bercakap sahaja.

Jelas beliau, perkara itu terbukti semasa menjadi Menteri Kewangan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu gagal mengatasi krisis ekonomi sehingga negara hampir bankrap.

"Anwar itu NPL (hutang tidak berbayar) pun dia kurang faham, Dr. Mahathir juga kena bagi penjelasan," katanya.

Tambahnya, pengundi di Kajang perlu sedar tentang keperibadian Anwar itu dan membuat perhitungan bijak pada hari pengundian kelak.

"Jangan biarkan diri terus diperbodohkan Anwar. Beliau memang terbukti bukan seorang pemimpin berkaliber untuk masa depan, kenapa harus beri peluang lagi?" soalnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140207/po_03/Anwar-perlu-jujur-beri-jawapan---Nallakaruppan#ixzz2sayAqGkv  © Utusan Melayu (M) Bhd 




No comments: