Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 7 February 2014

Mei Fun, Sin Woon calon MCA?


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my




Kiri Chew Mei Fun, Chong Sin Woon

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Naib Presiden MCA, Datuk Chew Mei Fun dan Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Chong Sin Woon merupakan antara dua nama yang disenarai pendek oleh parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Selain dua tokoh MCA Pusat itu, parti berkenaan turut menerima tiga lagi nama daripada MCA Bahagian Hulu Langat yang mahukan anak tempatan menjadi calon.

Mereka ialah Ketua Pemuda MCA Bahagian Hulu Langat, Pang Wai Hoong; Ketua Wanita MCA bahagian itu, Loh Lai Kuen dan bekas calon BN di kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Lee Ban Seng. Satu sumber memberitahu, ketiga-tiga nama berkenaan diserahkan kepada MCA Pusat pada penghujung bulan lalu untuk dipertimbangkan Dewan Tertinggi BN.

Menurutnya, terdapat juga dalam kalangan kepemimpinan BN Hulu Langat yang mahu parti itu mempertaruhkan calon heavyweight iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai atau timbalan beliau, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Selain itu, katanya, terdapat cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan kepada UMNO untuk ditandingi. Dalam pada itu, Ban Seng yang juga Pengerusi MCA Bahagian Hulu Langat berkata, pihaknya berharap BN memberi peluang kepada calon tempatan untuk menentang pembangkang di kerusi berkenaan.

"Kita berharap BN tidak mempertaruhkan calon luar kerana pembangkang sudah pun meletakkan calon payung terjun mewakili mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Kajang pada 23 Mac manakala hari penamaan calon pada 11 Mac.

Tarikh berkenaan dipilih kerana suruhanjaya berkenaan perlu membuat persediaan lengkap termasuk membersihkan senarai nama pengundi.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140207/po_02/Mei-Fun-Sin-Woon-calon-MCA#ixzz2sauF97mp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



KOMEN : INI AJE CALON YANG ADA...? BAK KATA ANAK BUAH AKU... MACAM TAK BOLEH MENANG AJE...

No comments: