Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 February 2014

Anwar tidak layak jadi MB


Oleh HUSSAINI AMRAN 
pengarang@utusan.com.my




DR. Mahathir Mohamad (dua, kanan) menyaksikan pelancaran Kerusi Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yang disempurnakan oleh Rais Yatim (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Prof. Dr. Hunud Abia Kadouf (kiri) serta Prof. Johan Galtung (kanan) di UIAM Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Pembangkang itu mahu menggunakan jawatan berkenaan untuk melakukan apa sahaja yang beliau mahu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun tidak akan memberi Anwar kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, rakyat Selangor juga berhak berasa bimbang apabila Anwar menyuarakan hasratnya ingin menjadi Menteri Besar.

"Kakitangannya tidak akan berasa selamat apabila bersama dia, lihat apa yang dia buat kepada kakitangannya.

"Dia akan dipengaruhi oleh prinsip kebebasannya untuk melakukan apa sahaja yang dia mahu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kerusi Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Dewan Kuliyyah Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dekat sini hari ini.

Pengasas Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa, Prof. Johan Galtung, 74, dilantik sebagai penyandang pertama kerusi tersebut dalam majlis pelancaran yang turut dihadiri Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Prof. Dr. Hunud Abia Kadouf.

Dr. Mahathir menambah, Anwar juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya beliau melakukan perbuatan yang salah dan tidak bermoral.

Berhubung tindakan Anwar mengadakan ceramah di dalam gereja di Kajang pada Ahad lalu, beliau memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing undi.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menjelaskan, kebimbangan umat Islam di negara ini terhadap pelbagai provokasi terhadap agama mereka adalah berasas.

Beliau berkata, dalam isu kalimah Allah, semua pihak telah bersetuju bahawa kalimah itu tidak akan digunakan dalam penerbitan Kristian.

"Namun ada pihak yang sengaja membangkitkan isu itu untuk menyinggung sensitiviti umat Islam," katanya.
Menurut Dr. Mahathir, bantahan yang disuarakan umat Islam itu merupakan reaksi provokasi yang dicetuskan terlebih dahulu oleh pihak-pihak yang tidak menghormati Islam.

Sementara itu beliau memberitahu, Ops Lalang yang dilancarkan pihak berkuasa pada 1987 bertujuan menjaga keamanan dan kestabilan negara.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140219/po_02/Anwar-tidak-layak-jadi-MB#ixzz2tk2TnCWQ  © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: