Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 4 February 2014

Anwar nafi pula rundingan dibuat dengan Chin Cheh


MANA ADA TIPU...AKU PUSING SIKIT AJE...TAK CAYA TENGOK AIR MUKA AKU...



Anwar Ibrahim ketika berucap di Taman Mesra, Kajang, malam tadi.

HULU LANGAT 3 Feb. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterusan cuba memperbodohkan rakyat apabila bertindak menafikan pula bahawa beliau mengadakan rundingan dengan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh.

Penafian itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas mengakui ketika berceramah di hadapan kira-kira 200 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Permatang Pauh, Pulau Pinang, bahawa strategi mengosongkan kerusi Kajang bagi membolehkan beliau bertanding adalah hasil rundingan.

Namun pada malam ini, ketika sesi penjelasan kepada penduduk di Kajang, Anwar mendakwa beliau hanya menemui Chin Cheh beberapa jam sebelum menyerahkan surat peletakan jawatannya.

"Saya hanya sempat jumpa beberapa jam sebelum beliau (Chin Cheh) serah surat letak jawatan. Tiada rundingan dengan beliau tetapi sudah tentu saya kena hormat keputusannya bagi membolehkan saya bertanding," katanya Anwar di Taman Mesra Kajang di sini malam ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa pemimpin tempatan DAP serta Pas.

Dalam pada itu, Anwar terus berdolak-dalik mengenai persoalan bahawa beliau akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, tetapi pada masa yang sama mengakui kepemimpinan Abdul Khalid tidak memiliki kekuatan politik.

Jelasnya, dari sudut pencapaian ekonomi, kepemimpinan Abdul Khalid memang membanggakan tetapi belum cukup kuat untuk berdepan cabaran politik semasa yang dakwanya sedang dirancang dan digerakkan Barisan Nasional (BN) bagi merampas semula Selangor.

"Ramai orang tanya apa akan berlaku selepas ini. Saya jawab biar menang dulu lepas itu kita akan pergi satu persatu. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abdul Khalid kerana berjaya mengurus ekonomi Selangor dengan cemerlang melalui sikap jimat cermat dan berhemahnya," katanya.

"Tapi kita sekarang berdepan cabaran realiti politik semasa yang cukup hebat dan untuk mengekalkan Selangor dan menjadikan negeri ini sebagai batu loncatan untuk menawan Putrajaya dalam masa empat tahun lagi, kita memerlukan pasukan kepemimpinan yang lebih mantap," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140204/po_02/Anwar-nafi-pula-rundingan-dibuat-dengan-Chin-Cheh#ixzz2sJMRDOMb  © Utusan Melayu (M) Bhd



 KOMEN : TAKAN TAK KENAL LAGI SI ANWAR NI... DEPAN MELAYU CAKAP LAIN, DEPAN CINA AMPU DAN SANGGUP  NAK JILAT BONTOT CINA... DEPAN INDIA HABIS DI TIPUNYA... MASIH NAK PERCAYA LAGI KE???? BODOHNYA.... KITA LANTIK AJELAH DIA JADI PRESIDEN SELANGOR...DOT..DOT..DOT..

No comments: