Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 21 February 2014

Aidil kapten baharu Harimau Malaya


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan NOR AZAN FITRI
sukan@utusan.com.my






PETALING JAYA - Aidil Zafuan Abdul Razak dipilih sebagai kapten Harimau Malaya terbaharu manakala penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat dipilih sebagai penolong ketua pasukan.

Kedua-dua mereka dipilih bagi membantu membimbing pasukan negara pada perlawanan persahabatan menentang Filipina dan perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Yaman di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, pemilihan Aidil dibuat selepas mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan sebulat suara daripada pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal.

Beliau berkata, pemilihan itu dilakukan atas beberapa faktor termasuk kekerapan bermain dalam kesebelasan utama dalam setiap perlawanan selain memiliki ciri-ciri seorang pemimpin di dalam padang.

"Aidil merupakan seorang pemain yang selalu bersuara di dalam padang dan sentiasa mengingatkan rakan pasukan mengenai perkara yang perlu dilakukan di dalam pasukan.

"Selain itu dia turut memiliki personaliti yang baik di luar padang termasuk hubungan baik bersama rakan-rakan sepasukan, begitu juga dengan Apek (Khairul Fahmi).

"Saya berharap para pemain lain dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka berdua," katanya ketika ditemui di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya di sini hari ini.

Sementara itu, Kim Swee turut memanggil seorang lagi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Asraruddin Putra Omar bagi menggantikan Mohd. Razman Roslan (Pahang) yang mengalami masalah hamstring.

"Saya panggil Asraruddin untuk menggantikan Razman kerana dia mengalami kecederaan dan terpaksa berehat selama dua minggu," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata para pemain Selangor dan Kelantan yang terlibat dengan pertandingan di peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan dilepaskan pada 23 Februari untuk beraksi bersama pasukan masing-masing.

Katanya, selepas tamat persaingan Piala AFC, para pemain itu akan kembali menyertai sesi latihan bersama Harimau Malaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140221/su_03/Aidil-kapten-baharu-Harimau-Malaya#ixzz2tudwViyq  © Utusan Melayu (M) Bhd


 

No comments: