Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 3 October 2011

NAJID KATA BERUBAH, SOI LEK KATA TUNTUT...


BN terus dukung prinsip permuafakatan
DARI UTUSAN MALAYSIA 3/10/2011




Sebahagian daripada para perwakilan memberi tepukan gemuruh kepada ucapan perasmian oleh Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung prinsip permuafakatan politik antara kaum demi memastikan negara berupaya memelihara keadilan sosial di semua peringkat masyarakat.

Justeru Perdana Menteri menegaskan, kesemua parti BN harus bersedia melakukan perubahan dalam pelbagai aspek selari dengan peredaran masa supaya ia merangkumi keperluan setiap lapisan rakyat seterusnya kekal relevan.

Di samping itu katanya, parti-parti komponen BN juga harus bersedia mengakui segala kesilapan yang dilakukan dan segera membetulkannya

“Apabila anda takut untuk berubah mengikut masa, anda semua menjadi tidak relevan sebagai sebuah parti politik,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-58 di sini hari ini.

Najib merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO menambah, perubahan yang dimaksudkan termasuk kesediaan menggugurkan calon masing-masing di kerusi tradisi demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Oleh itu katanya, kesemua parti komponen diwajibkan menyokong penuh calon yang terpilih nanti sungguhpun individu itu bertanding di kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh parti komponen BN lain.

“Jangan pula kata ‘dia bukan calon kita, dia parti lain’. Kita tidak boleh ada (pemikiran) sebegini kalau kita mahu pertahankan Putrajaya,” ujarnya.

Justeru beliau menegaskan, kesediaan dan keharmonian di antara parti BN harus dimulakan dengan perpaduan dalam MCA dahulu untuk muncul sebagai sebuah parti terbesar yang mendukung aspirasi masyarakat Cina.

“Saya telah menyatakan dan ingin tegaskan sekali lagi, saya ingin melihat MCA yang padu dan kuat. Apa gunanya kepada BN kalau MCA berpecah belah, ada pasukan A, ada pasukan B dan kemudian ada pasukan C,” katanya.

MCA sokong mana-mana calon BN berpeluang menang PRU-13

KUALA LUMPUR 2 Okt. - MCA akan menyokong penuh mana-mana calon yang diketengahkan oleh Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun calon itu bukan daripada parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA bersikap terbuka berhubung perkara itu bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya itu.

"Kita berpendapat mana-mana parti yang mempunyai peluang untuk menang sekiranya calon mereka diletakkan untuk bertanding di sesuatu kawasan, MCA akan menyokong.

"Bagaimanapun, jika analisis dibuat mendapati peluang sesuatu parti itu untuk menang agak tipis berbanding calon MCA, maka kita akan tuntut kerusi tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Mesyuarat Agung Ke-58 parti itu di Wisma MCA hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya tentang pendirian parti itu berikutan ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kesemua parti komponen BN perlu menyokong penuh calon yang terpilih pada pilihan raya umum akan datang walaupun individu itu bertanding di kerusi yang secara tradisi ditandingi oleh parti komponen lain.

Mengulas lanjut Soi Lek berkata, pendirian MCA itu jelas dalam usaha memastikan kemenangan BN dan akan memainkan peranannya untuk membantu parti mempertahankan Putrajaya

Dalam sidang akhbar berkenaan, Soi Lek turut membidas bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat yang dianggap sudah tidak relevan untuk parti itu berikutan kritikannya terhadap MCA baru-baru ini.

"Beliau tidak membawa perubahan positif kepada parti kerana hanya tahu menghukum ahli yang tidak menyokongnya. Beliau telah diberi peluang untuk mentadbir MCA, namun tiada pembaharuan yang dibawanya selain mengadakan terlalu banyak perhimpunan agung tergempar sepanjang 17 bulan mentadbir parti.

"Mengapa perlu bertanding di bawah lambang BN lagi jika tiada keyakinan kepada parti dan anggap MCA sudah tidak relevan," katanya.

KOMEN : MEREKA PATUT BERTANDING DIKAWASAN RAMAI PENGUNDI CINA UNTUK MENGUKUR SEJAUH MANA MEREKA DISOKONG OLEH KAUM MEREKA SENDIRI... BUKANNYA BAK KATA NAJIB BERSELINDUNG DISEBALIK KEKUATAN KAUM LAIN... ADA BERANI?

No comments: