Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 13 October 2011

MURTAD - TAKTIK GERAKAN KRISTIANITI

Bantuan material punca umat Islam murtad - Khadijah
DARI UTUSAN MALAYSIA
13/10/2011



SHAH ALAM 12 Okt. - Taktik menghulurkan bantuan material, menunjukkan rasa prihatin dan ambil berat yang ditunjukkan oleh gerakan Kristianiti merupakan faktor utama umat Islam di negeri ini memilih untuk murtad.

Maklumat itu diperolehi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM) berdasarkan data kajian terpilih yang diperoleh dari 2006 hingga 2011 membabitkan testimoni 305 responden yang merupakan penganut baru agama Kristian di sekitar Selangor.

Pensyarah jabatan itu, Prof. Madya Dr. Khadijah Mohd. Khambali berkata, berdasarkan testimoni, majoriti responden menunjukkan kecenderungan memeluk Kristian kesan daripada program yang dilakukan oleh gerakan Kristianiti antaranya dialog kehidupan dan dialog antara agama di kalangan umat Islam dengan bukan Islam.

"Secara rumusannya, jawapan yang diberikan responden membuktikan fenomena 'dialog kehidupan' dan 'dialog antara agama' yang menekankan keprihatinan, ambil berat, ambil peduli, menghulurkan bantuan material, sokongan moral dan mendengar masalah adalah punca utama mereka memeluk Kristian.

"Jawapan mereka itu turut memperlihatkan sikap ambil peduli di kalangan komuniti Kristian telah menambat hati golongan penganut baru Kristian ini walaupun ada di antara mereka masih tetap mengakui kemuliaan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Gerakan Tabsyiriyah di Selangor pada Seminar Menangani Cabaran Kristianiti di Malaysia hari ini.

Seminar itu dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Dalam kajian itu juga, Khadijah menyebut bahawa berdasarkan testimoni, terdapat responden menyatakan mengalami masalah dalam kehidupan mereka termasuk kesukaran untuk mendapatkan bantuan zakat berbanding bantuan gerakan Kristianiti.

Selain menerima bantuan dan layanan baik daripada gerakan itu, katanya, golongan yang baru memeluk agama itu turut ditawarkan ganjaran wang tunai sekiranya berjaya menarik orang lain untuk menyertai gerakan tersebut.

Katanya, jumlah ganjaran itu berbeza mengikut penganut agama tertentu iaitu RM3,000 diberikan kepada mereka yang berjaya memurtadkan seorang umat Islam manakala RM1,000 bagi setiap penganut Hindu atau Buddha.

KOMEN : TAPI KENAPA MASIH ADA SEGELINTIR ORANG MELAYU/ISLAM MENYOKONG PERGERAKAN INI...? CONTOH KES DUMC, TERUK JAIS DISALAHKAN OLEH ORANG POLITIK YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM... APA CERITA?... MAHAL TU HARGA UNTUK MEMURTADKAN SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM.. RM 3000.00

No comments: