Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 October 2011

PARLIMEN - SEKOLAH SATU ALIRAN DAN SALAH GUNA KUASA

Mansuh sekolah pelbagai aliran elak generasi rasis
DARI UTUSAN MALAYSIA
13/10/2011



KUALA LUMPUR 12 Okt. - Sistem sekolah pelbagai aliran yang berdasarkan sesuatu bangsa dan bahasa perlu dimansuhkan serta-merta dan diganti dengan satu sistem sekolah untuk semua.

Ini kerana kata Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru), sistem persekolahan peninggalan penjajah itu telah melahirkan generasi baru yang rasis dan hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.

"Salah satu punca kelahiran individu yang biadap lagi kurang ajar seperti Namewee (Wee Meng Chee) ialah pendidikan awal yang sungguh rasis dan terasing dari dunia sebenar bumi Malaysia.

"Saya pasti Namewee tidak akan bertindak sebegitu liar dan memaki-hamun seorang wanita dalam klip video terbarunya jika beliau diasuh secara betul dalam persekitaran yang majmuk," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Zahrain menambah, kerajaan juga wajar menyiasat pembelian 30 peratus saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) pada kos RM776 juta yang disifatkan beliau tidak masuk akal.

Kata beliau, siasatan itu perlu disegerakan memandangkan terdapat pelbagai bukti kukuh wujudnya jenayah komersial dalam pembelian itu iaitu pembelian dalaman (insider trading).

Begitu juga katanya, siasatan perlu dilakukan dalam isu pertukaran saham atau penggabungan saham syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Berhad dengan Malaysia Airlines System Bhd. (MAS).

"Saya berpendapat isu ECM Libra dan Avenue Capital masih belum selesai dan harus disiasat semula bersama isu Sime Darby-E&O dan MAS-AirAsia serta kontroversi yang melibatkan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar serta suaminya Datuk Azizan Abdul Rahman kerana individu yang sama kelihatan terbabit dalam kontroversi terkini," katanya.

Zahrain dalam perbahasan menyokong Bajet 2012 itu juga menambah, dalam menjamin penerimaan sepenuhnya dasar transformasi di kalangan penjawat awam, pegawai tertinggi syarikat milik kerajaan (GLC) harus dipantau agar kuasa yang melampau tidak menjurus ke arah amalan rasuah dan salah guna kuasa.

KOMEN : SOKONG SANGAT SEKOLAH SATU ALIRAN UNTUK SEMUA...DAN SPRM BILA NAK SIASAT KES JERUNG-JERUNG NI...

No comments: