Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 14 October 2011

Debat bahasa Melayu 211 jam tanpa henti

1,300 peserta bakal berentap
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/10/2011



SHAH ALAM 13 Okt. - Lebih 1,300 peserta pelbagai kaum akan berentap untuk mencipta rekod baru dalam program Debat Bahasa Melayu 211 Jam Tanpa Henti yang bakal berlangsung di Anjung Sri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, dari 24 November hingga 2 Disember ini.

Program debat ala perbahasan di Parlimen itu adalah kesinambungan daripada rekod terdahulu yang berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR) iaitu selama 100 jam, 10 minit 44 saat. Rekod itu telah dicipta oleh para pelajar UiTM pada 2006.

Sebanyak 211 usul juga akan dikemukakan dalam debat yang berlangsung secara berterusan selama sembilan hari dengan tema 'Transformasi dan Perpaduan Bangsa' .

Timbalan Naib Canselor UiTM, Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said berkata, pihaknya yakin cubaan pada kali ini akan dapat memecahkan rekod terdahulu selain dapat mengasah bakat dan kemahiran para pelajar UiTM serta mahasiswa institusi pengajian tinggi yang lain untuk berdebat secara spontan.

"Kita mahu jadikan program debat sebagai satu platform untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang peka kepada isu-isu semasa selain melatih mereka bekerja secara berpasukan dan berfikiran kritis sesuai dengan ciri-ciri pelajar yang ingin kita lahirkan.

"Dalam debat tersebut kita akan ketengahkan isu-isu berkaitan perpaduan dalam konteks gagasan 1Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) UiTM dengan Utusan Melayu (M) Bhd. dan pelancaran program debat tersebut di sini, hari ini.

No comments: