Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 13 October 2011

PERLEMBAGAAN - Malaysia negara daulatkan agama Islam


DARI UTUSAN MALAYSIA
13/10/2011



SHAH ALAM 12 Okt. – Umat Islam diingatkan agar membetulkan pemikiran mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mendaulatkan Islam dan bukannya sebuah negara yang bersifat sekular atau liberal seperti mana yang mahu dituntut oleh pihak-pihak tertentu,

Timbalan Penasihat Syariah Jabatan Peguam Negara, Mahamad Nasir Disa berkata, pemikiran sedemikian merupakan satu perkara yang penting bagi memastikan semua pihak memahami kedudukan agama dan umat Islam agar tidak diganggu gugat oleh pihak lain.

Merujuk kepada isu murtad, beliau menyatakan pemikiran seperti sekularism, liberalism dan juga pluralism agama merupakan satu unsur-unsur yang cuba diresapi oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan pemikiran dan akidah umat Islam malah ia dilihat melanda dalam masyarakat negara pada hari ini.

“Kita lihat fahaman ini (sekularism, liberalism dan juga pluralism agama) sering menjadi tuntutan pihak tertentu yang semakin menular di negara ini.

“Gerakan fahaman ini juga dilihat sebagai satu gerakan global yang turut melanda seluruh dunia dengan berpaksikan nama kesamarataan dan hak asasi manusia. Sedangkan prinsip sedemikian tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam Seminar Menangani Cabaran Kristianisasi di Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi perbincangan panel bertajuk Enakmen dan Akta : Sejauhmanakah Keupayaan Melindingi Akidah Umat Islam yang turut disertai oleh Pensyarah Pusat Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan penceramah bebas, Shahkirit Govindji Kalulal.

Tambahnya lagi, walaupun Perlembagaan negara meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan selain wujudnya enakmen yang menyekat perkembangan agama lain ke atas orang Islam, ia dilihat sukar untuk dilaksanakan dalam menangani gejala murtad sekiranya pemikiran sekularism, liberalism dan juga pluralism agama ini tidak ditangani.

Sementara itu, Mohamed Azam turut menyatakan berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, adalah jelas menetapkan bahawa Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih belum mempunyai undang-undang masing-masing untuk menyekat penyebaran agama lain ke atas umat Islam.

Keadaan itu katanya, dilihat memberikan peluang kepada pihak-pihak tertentu (yang ingin memurtadkan umat Islam) mengambil kesempatan daripada kelemahan-kelahaman yang ada dalam udang-undang itu sendiri.

“Maka, pada pandangan saya, Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan boleh mengarahkan satu undang-undang digubal dan dikuatkuasakan bagi setiap negeri berkenaan.

KOMEN : PERSETANKAN DENGAN PUAK-PUAK MINORITI YANG MASIH NAK MENENTANG DAN MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA BILA MEREKA BERKUASA... SETIAP RAKYAT MALAYSIA YANG PATROTIK MESTI MEMPERTAHANKAN DAN MENDAULATKAN AGAMA ISLAM... JANGAN DIHARAP DENGAN JANJI PAS YANG BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGAN DAP DALAM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD PAS DI KELANTAN... TANYA NIK AZIZ DIA FAHAM KE APA MAKNA TU?..HAMPASLAH MAKNANYA...

No comments: