Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

9/11, hari yang mengubah segalanya

Mazlan Nordin Menulis

DARI UTUSAN MALAYSIA
16/10/2011



MUKA hadapan majalah New York baru-baru ini dan pada muka depannya tertulis: One Day, Ten Years.

ENSIKLOPEDIA 9/11 dari A hingga Z, demikian kandungan terbitan khas majalah New York baru-baru ini dan pada muka depannya tertulis: One Day, Ten Years.

Lalu berceritalah seramai 70 warga Amerika mengenai peristiwa 11 September 2001 yang mengorban hampir 3,000 nyawa dalam peristiwa yang dianggap "hari yang mengubah segalanya".

Dilancarkan sebagai tindak balas Amerika berikutnya ialah perang melawan keganasan, perang di Iraq serta Afghanistan yang berlarutan selama lebih 10 tahun.

Laporan pertama ditulis oleh Frank Rich, bekas wartawan kanan akhbar New York Times, yang pada peringkat awal bertanya: "Dekad 9/11 telah berakhir kini. Para pengganas kalah. Tetapi siapa yang menang?

Bersabit pelbagai gambar yang disebar oleh akhbar-akhbar Amerika beliau membuat ulasan: "Gambar paling masyhur oleh wartawan pada 9/11 yang diambil oleh Richard Drew bertajuk" The Falling Man" diharamkan setelah terbit pada sebelah pagi dalam akhbar Times".

Hal tersebut dicatat selanjutnya oleh seorang penulis lain bernama Susie Linfield, seperti berikut antara lainnya: "Pada 12 September, 2001 akhbar New York Times menyiarkan sebuah gambar yang diambil oleh jurugambar agensi berita Associated Press, Richard Drew sehari sebelumnya, demikian juga oleh akhbar-akhbar di seluruh negara. Ia menunjukkan seorang lelaki yang melompat dari bangunan World Trade Center yang terbakar. Ia mati setelah jatuh ke atas kaki lima.

Kita-kira 7 peratus dari korban pembunuhan 9/11 mati setelah melompat keluar. Akhbar Times tidak mengulangi siaran gambar tersebut, demikian juga lain-lain akhbar Amerika.

Mereka yang terperangkap di bangunan itu mempunyai dua pilihan saja, iaitu terjun atau mati dalam kebakaran bangunan. Ertinya, mereka sama sekali tiada pilihan".

Seorang penulis lain, Eliza Griswold menulis mengenai Osama bin Laden mati dibunuh pada 2 Mei lalu oleh pasukan Navy Seals Amerika di bandar Abbottabad, Pakistan.

Sewaktu itu beliau tidak lagi tinggal dalam gua pergunungan Waziristan.

Selanjutnya ialah catatan mengenai penjara Guantanamo di Cuba, dulunya pangkalan angkatan laut Amerika. Seramai 171 tahanan berada di situ kini dan mereka dikawal oleh kira-kira 1,000 tentera pengawal.

Tindakan

Para tahanan yang dulu dipencilkan kini boleh berjumpa dengan peguam. Mereka boleh bermain bola sepak dan menyaksikan siaran warta berita televisyen serta kegiatan jemaah haji di Mekah.

Para tahanan juga boleh meminjam pelbagai buku seperti dilakukan oleh Khalid Shaikh Mohammad, yang didakwa merancang serangan 9/11. Beliau meminjam buku tulisan mendiang Presiden Nixon!

Presiden Obama pada mulanya mahu menutup penjara Guantanamo, tetapi setelah tiga tahun berlalu tiada tindakan diambil.

Mendapat perhatian ialah beberapa perubahan yang berlaku di New York. Dalam masa 10 tahun lalu, puluhan ribu warga kulit putih telah berpindah dari lima daerah. Mengambil-alih ialah 700,000 pendatang asing.

Jumlah orang-orang Islam di New York telah meningkat berkali ganda. Bilangan warga Bangladesh meningkat dua kali ganda, demikian menurut Raihan Salam, seorang lagi penulis undangan.

Kesimpulan dari pelbagai catatan Ensiklopedia 9/11 ialah tulisan Frank Rich: "Ia dipanggil hari yang mengubah segalanya, tapi ia tidak sebegitu sebenarnya. Malah, serta-merta selepas kejadian itu kita dapat melihat bahawa 9/11 tidak begitu penting bagi sesetengah warga Amerika yang berasa selamat dari pembunuhan beramai-ramai dan duka lara yang berlaku".

Beliau lalu menyebut mengenai sikap rakyat di serata Amerika. "Lagi jauh ke Barat saya pergi, maka lagi ramai hadirin menyoal saya seolah-olah saya pelarian dari peristiwa hangat sebegitu jauh dan luar biasa seperti Beirut.

Bila saya bercerita mengenai bau daging manusia dijilat api, saya didengari dengan hormat, tetapi dengan sikap tidak percaya sama sekali".

Wajar disebut ialah pengalaman seorang petugas bernama Genelle Guzman-McMillan yang terperangkap selepas berlaku serangan 9/11. Beliau pada mulanya mengikut rakan-rakan sekerja turun dari tingkat 64. Nasib malang menimpanya pada tingkat 13 manakala dinding tepi tangga runtuh.

Kepalanya tersepit antara pecahan-pecahan simen, lengan kanan memeluk badannya dan kaki kanan ditindih. "Di bawah badan saya, ada mayat".

Guzman-McMillan tertindih selam 27 jam, berpeluh dan menggelentar dalam kesunyian sekelilingnya. Lantas ia berdoa kepada Tuhan. Pada 12 September, jam 9.15 pagi seekor anjing mengesan bau tubuhnya. Baginya belum ajal setelah tiga hari bersama mayat.

Catatan: Majalah New York diterima beberapa hari lalu dari bekas rakan di Amerika, dulu pernah bertugas di Malaysia.

KOMEN : SIAPA YANG MENANG DAN SIAPA YANG KALAH... KEGANASAN TERUS BERLAKU DIMANA-MANA... SIAPA YANG PENGGANASNYA?

No comments: