Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 17 October 2011

Masum, UiTM C garang ke suku akhir


APIT kanan SSTBN C (kiri) membuat libasan ketika menentang SMK Seksyen 11 B pada Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di Pusat Sukan UiTM Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM - Jaguh sirkit Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Universiti Teknologi Mara (UiTM) C menepati ramalan awal dengan mara ke suku akhir kategori Institusi Pengajian Tinggi (IPT)-Bawah 19 Tahun Peringkat Antara Zon Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan 2011 di 'gelanggang sendiri', Pusat Sukan UiTM di sini.

Dua perlawanan liga Kumpulan A mereka menyaksikan kemaraan anak buah Zaidi Ismail itu yang dibarisi Mohd. Noor Hakimi Marzukhi, Ali Almahidi Ayob dan Fakaruddin Mohamed Zain dengan menewaskan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 15-9, 15-10 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, 15-10, 17-16.

Aksi cemerlang turut dicatat sebuah lagi regu 'tuan rumah', UiTM Shah Alam yang mendapat kemenangan percuma ke atas Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) F yang tidak hadir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak 15-4, 15-0 dalam perlawanan Kumpulan C.

UiTM C merupakan juara Zon Tengah di Paroi, Seremban, bulan lalu dan UiTM Shah Alam yang dibarisi Amyrul Shafiq Shamsuddin, Ahmad Zakhwan Muhammad Mazmillah dan Yusyairil Amir Yusof (Amirul Ashraf Zamri), meraih tempat ketiga bersama Zon Timur di Kuantan, Julai lalu.

Sebuah lagi regu pilihan kategori ini, Politeknik Kota Bharu A turut singgah ke suku akhir kategori yang menawarkan ganjaran juara, RM8,000 selepas menewaskan SMK Seksyen 11 15-8, 15-13 dan UniMAP 16-17, 15-11, 15-9, juga dalam Kumpulan A.

Bagi Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) D atau dulunya Sekolah Sukan Bandar Penawar, turut mencapai dua kemenangan untuk merebut tiket suku akhir dari Kumpulan B dengan menewaskan Politeknik Kota Bharu A dan ADTEC Shah Alam dua set berbalas satu (2-1).

KOMEN : TAHNIAH UiTM C TERUSKAN KEMARAAN ANDA...

No comments: