Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 21 October 2011

PARLIMEN - SEKSYEN 14 ENAKMEN HUDUD PAS - LIWAT?

Zulkifli dedah hudud Pas benarkan suami liwat isteri
DARI UTUSAN MALAYSIA
21/10/2011



KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sidang Dewan Rakyat hari ini digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen bahawa hukum hudud yang diluluskan Pas semasa memerintah Terengganu pada 2004 membenarkan suami meliwat isteri dan ia tidak menjadi kesalahan di bawah undang-undang jenayah syariah itu.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata, perkara itu tercatat di dalam Seksyen 14 enakmen berkaitan kesalahan meliwat di dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir yang digariskan oleh Kerajaan Pas Terengganu ketika itu.

“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan yang bercanggah dengan Islam tetapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang daripada syariat Islam. Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14. Ini enakmen yang telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan antara seorang lelaki dengan seorang lelaki... kita faham la tu... atau antara lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud Pas) kata, ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri, itu tak liwat dalam hudud Pas ini,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli turut mendedahkan di dalam enakmen itu turut menyebut berhubung pelantikan hakim-hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi menunjukkan bahawa apa yang disebut oleh Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu bukanlah hukum Allah, sebaliknya ia adalah rekaan mereka sendiri.

“Yang paling saya takut adalah kenyataan seorang tokoh politik Pas senior pada saya bahawa memang sengaja dibuat silap-silap ini supaya UMNO tolak. Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” jelas beliau.

Katanya, keputusan Dr. Mahathir yang menolak pelaksanaan hudud itu telah diputarbelitkan oleh pihak tertentu pada ketika itu.

Dalam pada itu, pendedahan Zulkifli mengenai perkara berkaitan liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun mencelah sambil mendakwa kenyataan Zulkifli itu sebagai satu tuduhan lalu meminta supaya beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang turut mengulangi kenyataan Zulkifli itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

KOMEN : PADANLAH BEGITU KUAT SOKONGAN PEMIMPIN PAS DAN PENYOKONG MEREKA KEPADA KAKI LIWAT... MEREKA PUN SUKA SANGAT BENDA TU AGAKNYA... HAMPAS...

No comments: