Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 10 October 2011

TENGKUK LGE TIDAK DIGANTUNG..

Manoharan bebas hukuman gantung enam bulan, Guan Eng tiada tindakan
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/10/2011



PULAU PINANG 8 Okt. - Sebagai sebuah parti yang mengaku telus dan berprinsip, DAP hari ini membuat satu keputusan mengejut apabila parti itu mengenepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Ia berikutan tindakannya mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang baru-baru ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat malam tadi berkata, parti itu juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya memburukkan negeri Johor berikutan ia dilakukan di atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri.

"(Dalam isu ini) biar mahkamah menentukannya, DAP tidak ada kena-mengena dengan kenyataan itu berikutan ia dilakukan atas kapasiti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan bukannya Setiausaha Agung DAP.

"Oleh itu, kita tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan ke atas Guan Eng dan parti tidak berasa tertekan langsung untuk melaksanakannya semata-mata kerana desakan luar," katanya di sini, hari ini.

Menyatakan lebih lanjut mengenai keputusan CEC parti menarik balik hukuman terhadap Manoharan, Karpal berkata, ia telah digantikan dengan amaran keras kepada Manoharan setelah mengambil kira bahawa ahlinya itu telah menunjukkan rasa kesal.

"Manoharan telah meminta maaf dan menarik balik komennya menghina Jalur Gemilang yang disiar dalam Facebook sebaik saja mendapat kritikan banyak pihak," ujarnya.

Bagaimanapun Karpal berkata, CEC mengekalkan penggantungan selama enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kerana perbuatan penyalahgunaan kuasa berhubung dana parti.

"Tempoh penggantungannya telah bermula sejak 27 September lalu," kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.

KOMEN : CAKAP TAK SERUPA BIKIN... KENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI MASIH NAK MENIPU... DAP BOLEH CAKAP DAN FITNAH APA SAJA TIADA ORANG YANG PEDULI, LEBIH-LEBIH LAGI KERAJAAN...

No comments: