Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 7 October 2011

PARLIMEN - PATUTLAH PEMBANGKANG NAIK GILA


Rizab negara RM414.5b - PM
DARI UTUSAN MALAYSIA
7/10/2011



KUALA LUMPUR 6 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan rizab negara sehingga 15 September 2011 semakin kukuh apabila jumlah yang dicatatkan adalah sebanyak RM414.5 bilion (AS$137 bilion).

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, angka tersebut meningkat 3.6 kali lebih tinggi berbanding kedudukan rizab antarabangsa negara yang direkodkan pada 2001 iaitu sebanyak RM113.6 bilion (AS$29.9 bilion).

Perdana Menteri berkata, kedudukan rizab terkini itu mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.7 kali hutang luar jangka pendek.

''Mengenai kedudukan rizab antarabangsa dalam bentuk emas, ia merangkumi 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab antarabangsa negara.

''Rizab emas ini disimpan di Bank of England, Bank Negara dan Maybank dalam bentuk jongkong, wafer dan siling kijang emas. Untuk makluman rizab emas negara meningkat kepada AS$1.7 bilion pada Ogos 2011 berbanding AS$294.7 juta pada 2001," katanya dalam jawapan bertulis terhadap pertanyaan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, hutang luar negara yang dicatatkan oleh Malaysia sehingga Jun tahun ini adalah sebanyak RM241.7 bilion berbanding RM173.4 bilion pada 2001.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, jika dibandingkan dengan saiz ekonomi, jumlah hutang luar negara pada akhir Jun 2011 itu adalah lebih rendah kerana ia hanya mencatatkan 29.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 49.2 peratus pada 2001.

''Pada 2001 jumlahnya 173.4 bilion; RM185.7 bilion (2002); RM186.7 bilion (2003); RM200.6 bilion (2004); RM197.7 (2005); RM184.5 bilion (2006); RM187.4 bilion (2007).

''Diikuti RM236.3 bilion (2008); RM232.7 bilion (2009); RM227.1 bilion (2010) dan RM241.7 bilion (Jun 2011)," katanya.

Najib dalam jawapan yang sama turut menyentuh profil hutang luar Malaysia menjurus kepada tempoh matang yang panjang terdiri daripada hutang jangka sederhana dan panjang.

''(Kedua-dua jenis hutang ini) mencakupi 62 peratus daripada jumlah keseluruhan hutang luar berbanding 86 peratus pada 2001," kata Perdana Menteri.

Jumlah hutang jangka pendek pula katanya, meningkat kepada RM92.1 bilion dan ia mencakupi 38 peratus jumlah keseluruhan hutang luar berbanding RM24.1 bilion atau 14 peratus pada 2001.

"Ini mencerminkan aktiviti urus niaga antara bank seperti operasi perbendaharaan dan pengurusan risiko selaras dengan perkembangan pasaran kewangan yang kian maju," jelasnya.

KOMEN : PATUTLAH PUAK PEMBANGKANG NAIK GILA NAK MEMERINTAH DI PUTRAJAYA... LUBOK EMAS RM414.5 BILLION... JOLI KATAK APA KALAU DAPAT..

No comments: