Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 4 October 2011

Pelampau Zionis bakar masjid


DARI UTUSAN MALAYSIA 4/10/2011




SEORANG wanita Palestin memerhati ruang solat masjid yang dibakar oleh pelampau Zionis di Kampung Tuba Zangaria, Upper Galilee, dalam wilayah taklukan Israel, semalam. – AFP

BAITULMAQDIS 3 Okt. – Sebuah masjid di utara Israel dibakar malam tadi dan slogan Yahudi diconteng pada dinding luarnya.

Polis hari ini menggambarkan kejadian itu sebagai ‘insiden tanda harga yang sangat serius’.

Pendatang haram Yahudi mengamalkan apa yang mereka gambarkan sebagai dasar ‘tanda harga’ dengan menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka sebagai membalas tindakan kerajaan Israel untuk menyekat pembinaan kawasan penempatan.

Jurucakap polis, Mickey Rosenfeld berkata, beberapa suspek memasuki masjid di kampung Badwi, Tuba Zangaria di Upper Galilee dan membakarnya, menyebabkan kerosakan besar kepada permaidani dan dinding.

Di luar masjid itu kata beliau, penceroboh menconteng perkataan ‘tanda harga’ dan ‘balas dendam’ dalam bahasa Hebrew.

Mereka juga menulis perkataan ‘Palmer’, dipercayai merujuk kepada Asher Palmer, pendatang haram Yahudi yang terbunuh bersama-sama bayi lelakinya di selatan Tebing Barat pada 23 September lalu selepas keretanya terbabas apabila terkena batu yang dilontar oleh penduduk Palestin.

Hampir semua serangan ‘tanda harga’ itu berlaku di Tebing Barat tetapi pada tahun lepas, insiden serupa berlaku di kampung Arab Israel, Iblin, juga di kawasan utara Galilee.

Komander polis Daerah Utara, Roni Attia menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menangani insiden itu manakala kawalan keselamatan diperketatkan di kawasan berkenaan untuk mencegah sebarang ‘insiden rambang’. – AFP

KOMEN : RASANYA TIADA TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL TERHADAP PENJENAYAH INI... HUKUM RIMBA DIPAKAI DALAM DUNIA MODEN YAHUDI...

No comments: