Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 12 October 2011

PILIHAN YA ATAU TIDAK?

RM100: Ibu bapa diberi pilihan
Oleh ROKIAH ABDULLAH
utusanpenang@utusan.com.my



PULAU PINANG 11 Okt. – Ibu bapa kepada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah yang terlibat dengan pemberian bantuan RM100 menerusi Bajet 2012 diberi pilihan untuk menerima wang itu atau tidak.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pendekatan kerajaan itu bersifat terbuka yang tujuannya bagi membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.

Katanya, ibu bapa yang tidak mahu mengambil wang berkenaan kerana berkemampuan menyediakannya sendiri secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

“Kita beri pada semua pelajar tidak kira tahap pendapatan keluarga mereka. Namun, bagi ibu bapa yang rasa mereka tidak memerlukan wang itu kerana berkemampuan atau kaya, tidak perlulah mengambilnya.

“Saya yakin jumlah (RM530 juta) yang sepatutnya dibelanjakan kerajaan untuk tujuan itu akan berkurangan kerana tidak semua ibu bapa akan mengambilnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Literasi Peringkat Asia 2011 di sini hari ini.

Beliau mengulas pemberian bantuan RM100 seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah di negara ini.

Mohd. Puad berkata, kementerian sedang mengenal pasti mekanisme terbaik untuk pemberian bantuan RM100 itu yang akan diberikan sebelum sesi persekolahan tahun depan bermula iaitu selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Begitu juga dengan baucer RM200 kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Kita akan berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi bagaimana untuk melaksanakannya. Mekanisme ini akan dibincangkan dengan teliti,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Puad berkata, kerajaan tetap dengan pendirian untuk memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) meskipun menyedari terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu dasar itu diteruskan.

Bagaimanapun kata beliau, segala permintaan dan permohonan yang dikemukakan itu akan dibincangkan secara teliti sebelum dikemukakan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Semalam saya sendiri telah diminta mempengerusikan mesyuarat mengenai perkara itu dan hasil perbincangan akan kita sampaikan kepada menteri (Muhyiddin). Bagaimanapun, kita tidak akan berundur iaitu melaksanakan semula PPSMI.

“Tindakan ini diambil kerana kita mahu walaupun proses pemansuhan itu mengambil masa, namun akhirnya ia tetap kepada matlamat untuk memartabatkan bahasa Melayu serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan,” katanya.

KOMEN : YANG SEPATUTNYA MENOLAK BANTUAN NI ADALAH PENYOKONG2 PUAK PEMBANGKANG, TAK KAN MEREKA NAK BAGI ANAK MEREKA MAKAN DUIT HARAM DARI KERAJAAN BN/UMNO... ANAK AKU KATA DUIT TU DIA NAK SIMPAN DALAM BANK, DUIT BELANJA SEKOLAH MOMMY AND DADDY TANGGUNGLAH... WAKAKAKAAAA... MEMANG PUN ITU DAH JADI TANGGUNGJAWAB IBU/BAPA...

No comments: