Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 6 October 2011

AKHIRNYA AG BERSUARA


Jawatankuasa khas rangka akta ganti ISA
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 5 Okt. - Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti dua akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, jawatankuasa itu dianggotai oleh beliau serta profesional undang-undang antaranya tiga bekas ketua hakim bergelar Tun dan dua peguam bela.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan turut merujuk kepada beberapa pakar perundangan dari luar negara yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman mengendalikan kes-kes melibatkan keganasan antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

Menurut beliau, mereka akan mengadakan perbincangan berterusan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), agensi kerajaan terlibat dan akhirnya mendapat pandangan masyarakat sebelum akta itu dibentangkan di Parlimen.

"Saya ingin memberi jaminan bahawa dua akta baru ini yang melibatkan undang-undang jenayah dan keganasan serta subversif akan mengambil kira perimbangan di antara hak asasi dan keselamatan awam.

"Cuma, saya minta semua pihak agar memberi kami peluang untuk melakukannya (merangka akta), pelajari betul-betul dan seterusnya mengemukakan draf yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan perdana Peguam Negara bertajuk Isu Semasa Berkaitan Undang-Undang Pencegahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Mengenai kajian semula beberapa akta antaranya Seksyen 27 Akta Polis 1967 yang membabitkan demonstrasi, katanya, pihaknya akan memastikan pindaan yang bakal diperkenalkan dalam akta itu akan difahami oleh semua pihak.

"Kita akan memastikan tiga faktor diambil kira iaitu peserta demonstrasi, pihak berkuasa dan orang yang akan mendapat kesan daripada demonstrasi yang diadakan seperti peniaga dan lain-lain," jelas beliau.

Ditanya sama ada tindakan terhadap Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng akan terhapus dengan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79), Gani menjawab:

"Bagi mereka yang dikenakan tindakan di bawah Akta Buang Negeri 1959, mereka akan dilepaskan secara serentak atau berperingkat selepas kes mereka diteliti, tetapi Chin Peng tidak pernah dikenakan tindakan di bawah akta itu. Jadi dia tidak ada kena mengena."

Gani turut menjelaskan, keputusan kerajaan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri tepat pada masanya kerana ia tidak lagi relevan dengan situasi sekarang sebagaimana Ordinan Darurat 1969.

KOMEN : BAGUSLAH KALAU AG MASIH AKTIF BERKERJA... BUKAN APA RISAU JUGA BANYAK KES YANG BESAR-BESAR MASIH MENJADI TANDATANYA... BILA PIHAK KERAJAAN BERSALAH DENGAN CEPAT DIAMBIL TINDAKAN... TAPI KALAU PUAK SEBELAH SANA SENYAP SEPI TANPA KHABAR BERITA... ADA HANTU KACAU KE? ?

No comments: