Saham E&O: Perkasa buat laporan kepada SPRM
DARI UTUSAN MALAYSIA
6/10/2011
KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung urus niaga pembelian 30 peratus saham Eastern & Oriental (E&O) oleh Sime Darby Bhd. (Sime Darby) pada kos RM776 juta, baru-baru ini.
Laporan yang dibuat pada pukul 2.30 petang di pejabat SPRM Cawangan Wilayah Persekutuan itu, mendesak suruhanjaya berkenaan melakukan siasatan segera.
Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, terdapat beberapa perkara meragukan mengenai transaksi dagang serta pembelian saham antara syarikat konglomerat itu dan E&O.
"Antaranya pembelian ekuiti syarikat E&O oleh Sime Darby yang tinggi iaitu sebanyak RM776 juta dengan hanya memegang kepentingan sebanyak 30 peratus di samping memberi premium 60 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.
"Transaksi berprofil tinggi dalam jangka masa singkat itu juga menimbulkan keraguan tentang peranan yang dimainkan oleh Tan Sri Zarinah Anwar selaku Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).
"Ini berikutan transaksi tersebut melibatkan suaminya, Datuk Azizan Abd. Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif E&O yang berkemungkinan berlaku konflik kepentingan," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Tambahnya, sebagai badan pengawas selia utama negara yang terikat dengan piawai urus tadbir korporat yang tinggi, SC seharusnya berada dalam kawalan ketat memandangkan ia melibatkan keputusan penting.
"Justeru, bagaimana SC boleh membenarkan syarikat milik kerajaan (GLC), Sime Darby membelanjakan wang yang begitu banyak untuk membeli 30 peratus saham E&O," katanya.
Ruslan memberitahu, sehubungan itu, SPRM perlu menjalankan siasatan segera terhadap SC bagi melindungi serta menjamin kewibawaan badan itu.

KOMEN : SIASATLAH, RAKYAT MENUNGGU TINDAKAN DARI SPRM... KEBENARAN PERLU DITEGAKAN..
No comments:
Post a Comment