Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 17 October 2011

Pengagihan semula kerusi BN

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my



Najib Tun Razak dan Koh Tsu Koon melambai para perwakilan yang hadir selepas menyampaikan ucapan perasmian pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan kali ke-40 di Dewan Wawasan PGRM, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengagihan semula kerusi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dibuat selaras dengan perubahan politik ketika ini yang memerlukan BN meletakkan calon boleh menang .

Kata Perdana Menteri, pengagihan itu juga akan dibuat berasaskan semangat kerjasama di kalangan parti-parti komponen dalam memastikan BN mampu mencapai kemenangan besar pada PRU13.

"Bagaimanapun kita tidak akan rombak semua kerusi dan kerusi-kerusi ketika ini juga masih lagi menjadi asas (dalam pengagihan kerusi kelak).

"Cumanya pengagihan kerusi ini akan melihat kepada kawasan-kawasan yang difikirkan perlu dibuat berdasarkan formula terbaik untuk menang," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Najib menambah, pengagihan kerusi itu juga dibuat atas semangat hubungan dalam keluarga besar yang terjalin di kalangan parti-parti komponen BN.

Malah kata beliau, kesemua pemimpin-pemimpin parti komponen BN juga sudah menyatakan persetujuan dan bersikap terbuka mengenai perkara itu dengan melihat ia sebagai salah satu formula untuk menang pada PRU13.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang didesak beberapa ahli parti supaya tidak bertanding pada PRU13, Najib berkata, beliau menyerahkan kepada Tsu Koon untuk menentukan apa yang terbaik demi masa depan parti itu.

''Apa pun saya mempunyai hubungan kerja yang sangat rapat dengan beliau (Tsu Koon) dan kita juga sudah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan Gerakan menjelang pilihan raya umum nanti," katanya.

UMNO tidak ambil P. Pinang jika BN menang

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa UMNO tidak akan mengambil alih pentadbiran di Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, jawatan Ketua Menteri negeri itu akan ditentukan menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen lain atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga yang besar.

Tambah beliau, perkara itu sudah dibincangkan dengan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya UMNO negeri itu tidak membangkitkan mengenainya.

''UMNO tidak akan menuntut pucuk pimpinan negeri di Pulau Pinang sebaliknya kita akan bekerjasama dengan parti komponen lain seperti Gerakan, MCA dan MIC (dalam isu ini).

''Gabungan ini perlu menawarkan pilihan dan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan bukannya menjadi sebahagian daripada masalah (buat rakyat)," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan Ke-40 di sini, hari ini.

Di hadapan kira-kira 2,000 perwakilan Gerakan, Najib melaungkan keyakinan bahawa BN mampu merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

Najib menyeru semua ahli Gerakan dengan sokongan parti-parti komponen BN lain agar sentiasa turun padang dan mendekati serta menyelami penduduk Pulau Pinang.

''Kita mesti bekerja bersungguh-sungguh dan membuktikan kepada mereka (penduduk Pulau Pinang) bahawa BN merupakan pilihan terbaik berbanding pembangkang bukan sahaja untuk mereka, malah untuk rakyat Malaysia," katanya.

Najib mengingatkan seluruh ahli Gerakan dan parti komponen BN lain bahawa PRU-13 menjadi cabaran terbesar yang akan menentukan masa depan BN dan negara selepas ini.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyifatkan kenyataan Perdana Menteri adalah kesepakatan yang telah lama diamalkan dalam BN.

Tsu Koon berkata, tindakan itu berlandaskan prinsip perkongsian tanggungjawab di kalangan parti komponen BN demi kebajikan penduduk Pulau Pinang yang telah diamalkan sejak 42 tahun lalu.

"Begitupun, adalah jelas ini semua bergantung kepada keputusan PRU13 dan Gerakan serta parti-parti komponen lain perlu terlebih dahulu bergerak mendekati rakyat untuk mendapatkan semula sokongan," katanya sebagai reaksi kepada jaminan Najib mengenai perkara itu dan menegaskan keputusan mengenai jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang akan dibuat menerusi perbincangan dengan kesemua parti komponen BN atas semangat kerjasama sebagai satu keluarga.

KOMEN : TEPATLAH TU SLOGAN PUN SEPERTI YANG BRO DIN BERIKAN... CINA DIDAHULUKAN, INDIA DIUTAMAKAN, ORANG MELAYU PANDAI-PANDAILAH NAK HIDUP KAT PENANG TU.... YANG MELAWAN DAP UMNO, TAPI YANG AKAN MEMIMPIN BN PENANG ORANG GERAKAN YANG PARTINYA HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU... UNDI CINA PERGI KE DAP....

No comments: